Virus Adeno menular ke PD?
Utusan Malaysia 4 Apr 2011 

SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih 
polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat 
jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol 
Port Dickson (PD) pula.

( Sila baca artikel sebelum ini : Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid 
dan peranan pemimpin Umno di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html )

Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat 
di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki 
dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan 
seperti demam panas.

Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam 
untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka 
benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan 
memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno 
belum dapat disahkan.

"Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya 
menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya.

"Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan 
dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas 
(SMS), di sini hari ini.

Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang 
menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke