Tiga virus serang Kem Pusasda
Kosmo 5 April 2011 

PORT DICKSON - Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih 
konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang 
di sini disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A 
(H1N1) dan Leptospirosis.

( Sila baca artikel sebelum ini : 3 pelatih polis meninggal dunia, PDRM 
diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html  
) 

Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat 
di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 10 pelatih di 
Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki 
dijangkiti virus berkenaan.

"Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif 
dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih 
positif H1N1.

"Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan 
melebihi suhu 38 darjah celcius," katanya ketika melakukan lawatan mengejut ke 
pusat latihan berkenaan semalam.

Menurut Ahmad Zahid, wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila 
seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke 
Hospital Port Dickson (HPD).

"Kelmarin selepas ujian saringan awal dilakukan pihak hospital mengesahkan 
bahawa lapan pelatih berkenaan disahkan dijangkiti tiga virus terbabit.

"Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD 
menakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan 
di satu blok khas," ujarnya.

Jelasnya, ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan 
diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih 
perajurit muda diteruskan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke