Nampaknya satu demi satu bala turun di Negeri Sembilan ini, yang semakin 
membingungkan dan memeningkan pihak polis yang sedang sibuk sekarang ini 
memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan. Setelah Pusat 
Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut, 
muncul pula kes serangan asid di Seremban. Kini satu lagi masalah 109 tahanan 
melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng dimana mereka merusuh dan 
membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam tadi 4 April 
2011.

Ada Umno kisah? Atau mereka hanya kisah video lucah dan pastikan semua 
aktiviti, ceramah Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini dipantau setiap inci, 
penjenayah, Adenovirus, tahanan adalah tidak merbahaya agaknya.

Seramai 109 pendatang tanpa izin dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng merusuh 
dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam tadi.

Sehingga tengah hari tadi, pihak berkuasa yang menggunakan helikopter serta 
anjing pengesan, berjaya menangkap 23 daripada mereka.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Abdul Manan Mhd Hassan berkata, 
perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil 
kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk 
melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.

"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka 
memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita di depot 
itu hari ini.

Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana 
semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan 
pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit 
udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.

Katanya sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat 
Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan 
Thailand.

"Selepas siasatan kita mendapati tahanan merusuh disebabkan berlaku kesesakan 
dalam blok yang mereka duduki selain memberi alasan tidak berpuas hati dengan 
makanan yang disediakan serta kerana proses tahanan yang terlalu lama," katanya.

Ada tahanan yang menunggu proses penerimaan oleh negara ketiga melalui 
Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan 
proses ini biasanya mengambil masa terlalu lama sehingga menyebabkan mereka 
hilang sabar, katanya.

"Ada tahanan yang sudah berada di depot sehingga 12 bulan," katanya.

Semasa kejadian, depot itu menempatkan 348 orang tahanan lelaki dan 192 tahanan 
perempuan.

Pendatang perempuan bagaimanapun tidak terlibat dalam kejadian itu, katanya.

Sebanyak empat jentera bomba digunakan untuk mengawal kebakaran dan tiada 
kecederaan yang berlaku.

- Bernama
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=576490 


      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke