Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
The Malaysia Insider , April 06, 2011

KUALA LUMPUR, 6 April – Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 
di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja 
mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan 
satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang 
berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun 
dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu 
berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang 
diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak 
dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga  enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang 
membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The 
Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong 
pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan 
tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita 
ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana 
dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal 
siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan 
apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk 
menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang 
boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara 
peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” 
kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan 
Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada 
umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah 
menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” 
katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B 
sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi 
itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, 
berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian 
bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di 
Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di 
seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk 
Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 
pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati 
tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa 
sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara 
pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang 
individu telah ditemui meninggal dunia.”

“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani 
Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan 
itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah 
ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B 
iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan 
Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 
12.30 tengah hari.

“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala 
Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala 
Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa 
dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah 
menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik 
pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai 
yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat 
pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau 
telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi 
mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya 
dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan 
tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu 
tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak 
pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk 
mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber : 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mustahil-sarbani-boleh-bunuh-diri-kata-rakan-rakannya/
 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke