SAINS disaran bermuhasabah
Utusan Malaysia 7 April 2011 
Oleh PRINSIP KAIZEN , Terachi, Negeri Sembilan

SAYA terpanggil menulis setelah banyak aduan kepada pihak pengurus bekalan air 
SAINS di Negeri Sembilan tidak mengambil tindakan terhadap masalah yang 
dihadapi, malah memberikan maklum balas yang mendukacitakan.

Setelah begitu lama Malaysia merdeka, sejak diurus pihak kerajaan hinggalah 
diambil alih oleh pihak swasta, keadaannya masih lagi tidak menunjukkan 
peningkatan.

Setelah 20 tahun, saya kembali semula ke kampung mengikut suami yang berpindah 
kerja ke sini. 

Saya tinggal di rumah ibu bapa buat sementara waktu kerana tempat kerja suami 
berhampiran dengan kampung saya iaitu Terachi, Negeri Sembilan. Setelah 
mengecap pelbagai kemajuan, teknologi dan kemudahan di bandar, saya terkejut 
dengan pengurusan air di kampung saya masih juga sama. 

KEMUDAHAN JALUR LEBAR, PENGANGKUTAN YANG SEMAKIN BANYAK, KEMUDAHAN 
INFRASTRUKTUR YANG BERTAMBAH BAIK, NAMUN BEKALAN AIRNYA TETAP JUGA DENGAN 
CERITA LAMA. 

Saya masih ingat, ketika zaman saya bersekolah, bekalan air sering kali 
terputus setiap kali selepas hujan. Jika lebih kerap hujan, lebih kerap jugalah 
air akan terhenti. 

Jika diikutkan logik akal, apabila hujan, semakin banyaklah air, tetapi berlaku 
sebaliknya. Kawasan ini amat hampir dengan loji air terletak 5 kilometer dari 
rumah saya yang berdekatan dengan Hutan Lipur Ulu Bendul.

Sementara bekalan air disambungkan, tekanan angin memakan masa lima belas minit 
hingga setengah jam, dan setelah airnya ada, warna airnya tak ubah seperti air 
yang bercampur susu. 

Pernah sekali, rumah saya keputusan bekalan air selama lebih 24 jam seperti 
yang biasa dihadapi, maka suami menelefon pihak SAINS menanyakan hal ini. 

Alasannya ialah penapis air bocor. Selebihnya dia menjawab tidak tahu dan akan 
menghantar lori air jika masalah ini berlarutan. 

Tak sampai sebulan, pada 4 April, perkara yang sama berlaku lagi, kali ini 
lebih dari dua hari. Bila membuat aduan, katanya akan sampai pukul 6 petang, 
tak juga sampai, dihubungi lagi berubah pula ke pukul 8. Namun hingga pukul 6 
pagi keesokannya masih juga tidak ada. 

Pihak SAINS juga tidak memberitahu bila lori air akan menghantar air meskipun 
telah tiga kali membuat aduan. 

SAINS HARUS BERMUHASABAH KERANA TARIF YANG DIBAYAR PENDUDUK TIDAK PERNAH TURUN, 
TAPI MUTUNYA TIDAK PULA MENINGKAT. 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
 

1001 satu macam kisah, keluhan, rintihan pengguna air di Negeri Sembilan pada 
pautan berikut 
http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke