12 April 2011. Setiap 5 orang di Malaysia ini , 1 orang mungkin sakit mental. 
Kalau 28 juta penduduk Malaysia, maknanya mungkin 5.6 juta rakyat kita sakit 
mental.
Mohd. Noor Mahmud mengalihkan bumbung zink rumah ibunya selepas dibakar adiknya 
di Kampung Alor Madi, Alor Setar, semalam. 
 
( Sila baca artikel saya sebelum ini bertajuk KHUTBAH JUMAAT PERLU TEKAN SAKIT 
MENTAL, BUNUH DIRI di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/khutbah-jumaat-perlu-tekan-sakit-mental.html 
)

ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai mengalami tekanan 
jiwa, bertindak membakar rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya di Kampung Alor 
Madi di sini hari ini setelah permintaannya untuk mendapatkan wang RM200 tidak 
diendahkan oleh ibunya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pagi itu, lelaki tersebut keluar melalui 
bumbung dan melarikan diri sebaik sahaja membakar tingkat atas rumah tersebut.

Abangnya, Mohd. Noor Mahmud, 33, berkata, adik bongsunya itu mula berubah sikap 
apabila keluarga menghalang niatnya untuk bertunang pada bulan lalu.

"Bukan kami tidak bagi dia bertunang namun keadaan dia ketika itu seperti 
mengalami tekanan perasaan dan dia sering membakar baju-baju kerjanya di 
tingkat atas rumah ini.

"Sebelum kejadian, adik saya selalu mengugut untuk membakar rumah dan petang 
semalam, dia mula mengamuk apabila ibu saya tidak beri wang RM200 yang 
dimintanya," kata Mohd. Noor ketika ditemui di Kampung Alor Madi, di sini hari 
ini.

Menurutnya, adiknya itu tinggal bersama ibunya, Halimah Abdullah, 50, di rumah 
tersebut dan kerana bimbang dengan perlakuan adiknya, dia bertindak mengambil 
semua dokumen penting lalu membawa ibunya tinggal di rumahnya di Kepala Batas 
di sini petang semalam.

"Saya melaporkan hal ini kepada pihak polis kerana adik saya mengunci pintu dan 
mempunyai parang di dalam biliknya.

"Rundingan dengan pihak polis berlangsung kira-kira pukul 9 malam dan pujukan 
kami untuk dia keluar dari rumah langsung tidak menampakkan hasil," ujarnya.

Jelas Mohd. Noor lagi, keadaan semakin meruncing apabila adiknya itu mula 
keluar melalui bumbung dan menyuruh dia serta abang sulungnya masuk ke dalam 
rumah mereka.

"Bau gas mula memenuhi rumah dan adik saya menyalakan api lalu api terus 
membakar tingkat atas rumah. Dia kemudiannya terjun dari bumbung dan 
menghilangkan diri sehingga kini. ," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Penguasa Bomba Alor Setar, Rosdi Ismail berkata, 
pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut kira-kira pukul 12.18 
pagi dan api berjaya dikawal pada pukul 12.36 pagi.

"Dua jentera dengan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan operasi tamat 
sepenuhnya pada 2.07 pagi. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih 
disiasat," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke