Entahlah nak percaya mana satu, indeks jenayah makin turun atau laporan di 
bawah ini yang mengatakan Jenayah di Putrajaya menjadi-jadi dan Pelajar-pelajar 
UiTM sasaran ragut. Bukan itu sahaja, malahan kes polis tertembak pun semakin 
menjadi-jadi sekarang ini. Pelik bukan?

Analisis isu kes-kes polis mati tertembak yang dilaporkan pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-mati-kesan-tembakan-di-kuarters.html 

JENAYAH DI PUTRAJAYA MENJADI-JADI
Berita Harian 14 April 2011 

SAYA ingin meluahkan kekecewaan penduduk di Putrajaya kerana sejak akhir-akhir 
ini banyak berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian kereta, pecah rumah, 
kecurian harta benda awam dan sebagainya. 

Apabila penduduk hendak membuat pagar, mereka diancam dengan saman oleh 
Perbadanan Putrajaya, iaitu pihak berkuasa tempatan di sini. Tetapi apabila 
rumah dipecah dan dimasuki pencuri dan penjenayah, adakah mereka mahu 
bertanggungjawab? 

Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran pula tidak dapat merakam 
gambar jelas apabila di ‘zoom’ ke jarak dekat. Yang peliknya juga, ada kamera 
CCTV hanya dihadapkan ke satu arah saja sama ada ke utara atau selatan. 

Adakah ini tadbir urus bandar yang cekap dan berkesan? Pihak polis juga meminta 
mana-mana penduduk yang belum memasang besi jeriji di rumah supaya melakukannya 
segera, manakala yang menggunakan jeriji besi biasa diminta menukarkannya ke 
jeriji lebih padu sementara rumah perlu sentiasa dimangga. 

Kadang-kadang berlaku antara dua hingga empat kecurian kereta dalam sehari di 
Putrajaya. Saya juga pernah kehilangan kereta di kawasan Putrajaya Central, 
berhampiran Balai Polis Putrajaya di Presint 7. 

Apabila disiasat, pihak polis dimaklumkan bahawa kamera CCTV yang terdapat di 
kawasan sekitarnya hanya menghadap ke arah Balai bomba Putrajaya. Kamera jenis 
apa yang dipasang oleh Perbadanan Putrajaya ini? 
Sekiranya perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan berkesan, 
dikhuatiri Putrajaya hanya layak berstatus kampung dan hanya indah khabar dari 
rupa. 

Persoalannya di manakah perginya tadbir urus Perbadanan Putrajaya yang cekap 
dan berkesan yang hanya menguruskan bandar Putrajaya semata-mata? 

Tindakan awal yang harus dibuat oleh perbadanan ialah membuat lebih kerap 
rondaan di kawasan letak kereta dan motosikal, memasang kamera CCTV yang baik 
dan jelas dan boleh berfungsi 360 darjah dan 24 jam, mengawal semua pintu 
keluar/masuk ke Putrajaya serta bekerjasama dengan polis agar kawalan 
keselamatan terutama di kawasan panas dititikberatkan. 

Jika ini tidak dilaksanakan, jangan menghalang atau menyalahkan penduduk 
apabila mereka memasang pagar tinggi dan mengadakan pondok kawalan keselamatan 
sendiri untuk mengawal kawasan rumah mereka. 

PENDUDUK PRIHATIN, 
Putrajaya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JenayahdiPutrajayamenjadi-jadi/Article
 

PELAJAR UITM SASARAN RAGUT
Berita Harian 14 April 2011 

JENAYAH ragut kini semakin berleluasa dan membimbangkan orang ramai terutamanya 
wanita. Walaupun pelbagai kempen dilakukan, namun masalah ini tetap berlaku. 

Jenayah ragut agak ketara di sekitar kawasan Seksyen 7 Shah Alam yang mana 
ramai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) tinggal. Kawasan sebegini 
sememangnya menjadi sasaran utama peragut melakukan jenayah. 

Sudah banyak kes pelajar UiTM diragut disiarkan dalam akhbar. Ada mangsa cedera 
parah disebabkan tindakan ganas peragut yang menggunakan senjata ketika 
melakukan jenayah mereka. 

Kekerapan jenayah ragut yang berlaku di kawasan seksyen 7 Shah Alam membuatkan 
pelajar kini amat bimbang dengan keselamatan mereka. Pihak polis perlu 
mengambil serius perkara ini dan melakukan rondaan lebih kerap di kawasan yang 
dianggap lokasi ‘panas’ ini. 

NUR FARAH ASHYKIN, 
Universiti Teknlogi Mara (UiTM), Shah Alam.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarUiTMsasaranragut/Article 



      


------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke