Bukan para khatib yang membaca khutbah Jumaat sahaja yang patut malu dengan Mualaf Mat Saleh ini, saya sendiri pun malu, teramat malu apabila mendengar di Radio IKIM setiap Ahad jam 6.30 ptg ruangan Tazkirah Bahasa Inggeris oleh William Webb atau nama Islamnya Suhaib Webb dari Oklahoma, Amerika Syarikat. Suhaib dilahirkan dalam keluarga bukan Islam tetapi mendapat hidayah Allah apabila beliau mencari hidayah. Mendengar kuliah Suhaib hanya selama 10 minit di Radio IKIM tak puas, macam nak dengar lagi.
Lalu saya buat carian dalam internet, Suhaib ini bukan hanya pandai bercakap dan bercerita, malahan beliau mempunyai ijazah dari Universiti Al Azhar dan berguru dengan begitu ramai ulama. Malah beliau hafaz 30 juzuk Al Quran dalam pelbagai Qiraat. Malu, memang malu saya. Dalam internet beliau ada laman web, blog, twitter sendiri. Dalam Youtube saya tengok Khutbah Jumaatnya, waduh, kalau dia khutbah di Malaysia pasti terbeliak mata kita semua, dan merasakan tak sabar-sabar tunggu Jumaat akan dating untuk mendengar beliau berkhutbah, bukan membaca khutbah macam diarahkan JAKIM dan Majlis Agama di Malaysia ini. Apa yang menariknya ialah Suhaib mempunyai pelbagai pendekatan untuk semua golongan manusia, tua muda, hip hop, reggae dan macam-macam lagi. Tengok sendiri Youtube beliau di http://www.youtube.com/user/SuhaibDWebb Biografi beliau di http://en.wikipedia.org/wiki/Suhaib_Webb Laman web beliau di http://www.suhaibwebb.com Hamba Mu yang teramat malu , Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

