20 Apr 2011 - Menonton siri Howe and Howe Tech di saluran Discovery kita 
terdedah tentang kreativiti dua beradik kembar Micheal dan Geoffrey Howe 
berinovasi. Mereka menghasilkan kenderaan ekstrem termasuk bagi kegunaan 
tentera.

Idea dan inovasi mereka diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang 
kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutama tentera Amerika 
Syarikat. Siri itu secara tidak langsung turut mengajar kita bahawa sesuatu 
inovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan.

Hoverkraf ciptaan Zulkifli misalnya, yang jauh lebih murah dan cukup mudah 
diselenggara mungkin sesuai untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mahupun 
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini sedang meninjau-ninjau untuk membeli 
kemudahan seperti itu.

Hoverkraf itu amat mudah dan praktikal. Ia menggunakan bahan-bahan yang senang 
diperolehi termasuk enjin kereta biasa berkuasa 1,600 kuasa kuda. Ia juga 
berfungsi dengan baik setelah diuji. Malah setanding dengan yang dicipta 
syarikat-syarikat besar dari luar negara. 

Sekiranya Zulkifli berada pada kedudukan adik beradik Howe itu, sudah tentu dia 
telah ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit. Tetapi, situasi itu jarang 
berlaku di negara ini. Reka cipta tempatan belum mendapat pengiktirafan 
setinggi dan sebesar itu.  
Hingga kini selepas lebih 30 tahun berinovasi, Zulkifli telah menghasilkan 
hampir 1,000 produk. Kebanyakan dicipta dan dibina untuk kepuasan peribadi dan 
bagi memenuhi keperluan orang tertentu.

Daripada hampir 1,000 ciptaannya itu, tidak ada satupun yang dikeluarkan secara 
komersial. Juga, tidak ada satupun yang ditawarkan kontrak untuk dibekalkan 
secara besar-besaran.

Yang menjadi persoalan sekarang kenapa tidak ada pihak yang tampil untuk 
memberi nilai kepada pelbagai produk inovasi tempatan ini? Kenapa agensi-agensi 
kerajaan terutamanya agak keberatan untuk menyokong idea-idea yang 
diketengahkan itu supaya ia bukan sahaja membudayakan inovasi di negara ini, 
tetapi pada masa sama mampu membantu negara menghasilkan produk yang inovatif.

Sedangkan di Barat, Jepun dan Korea inovasi amat dihargai. Mereka yang bergelar 
pereka cipta atau inovator pasti menjadi billionaire. Syarikat-syarikat 
multinasional ternanti-nanti ciptaan golongan itu. Sama ada untuk kegunaan 
khusus atau bagi tujuan komersial.

Kerajaan pula akan mengutamakan ciptaan-ciptaan tempatan terlebih dahulu untuk 
digunakan oleh agensi-agensinya. TETAPI, DI MALAYSIA INOVASI DAN IDEA KREATIF 
CIPTAAN TEMPATAN SUKAR MENDAPAT PENGHARGAAN.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke