Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak “mengamuk dan 
naik minyak” ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi 
Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. 

Soal Aziz, jika Presiden Umno boleh dikritik, mengapa tidak Presiden PAS.

“Lagipun PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno. PAS juga mendakwa 
ia parti untuk semua, termasuk orang bukan Islam.

“Dengan itu PAS perlu inklusif, bukan eksklusif. Mengamuk dan naik minyak bila 
dikritik bukan ciri parti politik,” katanya.

Aziz juga berkata, beliau tidak mengkritik Hadi atas dasar peribadi, sebaliknya 
mengkritik prestasnya kerana ingin melihat PAS parti penting.

Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan 
Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir 
baik.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham 
konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari 
ini,” kata ahli akademik ini.

Semalam, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen 
turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi 
liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, ramai yang akur bahawa ruang yang 
ditinggalkan oleh Fadhil tidak dapat diisi oleh Hadi.

“Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas 
Pakatan Rakyat” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, mereka yang mahu perubahan dalam negara perlu menyokong 
perubahan dalam PAS.

Katanya, perubahan dalam negara sukar untuk berlaku tanpa sistem dua parti yang 
mantap. PAS di bawah Hadi tidak peduli konsep ini.

“Meskipun Hadi dan kumpulannya menjerit-jerit untuk menggantikan Umno mereka 
tidak bekerja untuk membina sebuah sistem yang perlu ke arah itu. Sebab itu 
Umno senang dengan mereka,” katanya lagi.

Aziz berkata, sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi 
mereka sentiasa dinilai dan dikritik.

Aziz menambah, “komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka” tetapi bagi mereka 
yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan.

“Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan 
ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk 
Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya,” katanya lagi.

“Ia bukan sahaja parti utama Pakatan Rakyat tetapi ia parti yang senior dan 
mempunyai banyak ahli, khabarnya sejuta. Ertinya PAS parti terbesar dalam 
Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebab itu katanya, Umno sentiasa gelisah dengan PAS dan cuba mencari jalan 
untuk menggoncang kesetiaannya dalam Pakatan Rakyat.

“Cuba bandingkan perancangan DAP di Sarawak. Mereka bekerja sejak tahun yang 
lalu. Saya rasa PAS tidak berbuat begitu.

“Mereka sepatut menang di Beting Maro. Dalam soal ini, siapa yang patut 
menanggungnya?” katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aziz-bari-pemuda-pas-jangan-naik-minyak-kerana-kritik-hadi/
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke