Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.
"Pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan," kata ADUN Bukit Tuku itu, di Rantau Panjang hari ini. Beliau berkata pemimpin PAS yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri agar dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi. "Malah, pemimpin tertinggi sendiri sedia berundur jika mereka merasakan tidak berkemampuan untuk terus memimpin atas sebab-sebab tertentu, termasuk faktor usia atau kredibiliti dipersoalkan. Sebab itu tidak pernah berlaku perebutan dalam PAS," katanya. Sumber : http://malaysiakini.com/news/162077 ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

