Kecewa Jika Kematian Sarbani Dianggap SDR
April 21, 2011 
Oleh SYAHRIL A. KADIR

KUALA LUMPUR – Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim 
Ahmad kecewa jika siasatan polis masih mengaitkan kematian Allahyarham Ahmad 
Sarbaini Mohamed, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia dengan kematian 
mengejut (SDR).

Menurutnya, pihaknya agak sukar untuk menerima kenyataan yang tiada elemen 
jenayah dalam kes berkenaan dan berharap siasatan yang lebih menyeluruh dibuat.

“ Memang payah nak terima kalau inilah hasilnya kerana kita percaya mungkin ada 
sesuatu di sebalik kejadian ini, tetapi dalam apa juga keadaan, kita tahu 
siasatan polis adalah telus dan adil,” katanya pada mynewshub.my.

Polis hari ini sudah melengkapkan siasatan berhubung laporan kematian mengejut 
(SDR) pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed, dan kertas siasatan akan diserah 
kepada pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini atau minggu hadapan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata penelitian penuh yang 
dijalankan beberapa pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan 
Malaysia (PPUKM) dan jabatan kimia merumuskan bahawa punca kematian pegawai 
kastam itu pada 6 April lepas adalah kerana kecederaan parah di kepala selepas 
terjatuh dari tempat tinggi.

Ditanya sekiranya wujud unsur jenayah dalam kejadian di pejabat Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah di Jalan Cochrane itu, beliau berkata 
siasatan masih tertumpu kepada SDR dan tiada peruntukan undang-undang lain yang 
digunapakai.

Beliau meminta supaya segala spekulasi mengenai kejadian itu dihentikan kerana 
siasatan di bawah SDR sudah dilengkapkan dan terpulang kepada pihak Peguam 
Negara sekiranya mereka hendak mengambil tindakan lanjut.

Ahmad Sarbaini meninggal dunia kerana kecederaan pada bahagian kepala selepas 
jatuh daripada bahagian tinggi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
(SPRM), 6 April lalu.

Dalam pada itu, Ibrahim turut berharap agar hasrat mereka untuk bertemu Perdana 
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

” Banyak yang ingin kita luahkan kepada beliau tentang apa yang kita buat dan 
apa yang kita rasa ketika ini, sebab adalah jelas yang kita juga menyokong 
inspirasi kerajaan untuk membanteras amalan rasuah dalam sektor awam.

” Cuma kita melihat, dalam menuju ke arah itu, harus jangan ada sebarang 
tindakan yang boleh melemahkan semangat pegawai kita untuk bertugas…dalam erti 
kata lain, jangan ada sebarang bentuk penganiayaan khususnya pada mereka yang 
tidak bersalah,” katanya

Sumber : 
http://mynewshub.my/bm/2011/04/21/kecewa-jika-kematian-sarbaini-dianggap-sdr/ 

Orang Melayu semua, sila baca riwayat hidup Almarhum Sarbani pada pautan berikut
http://amkns.blogspot.com/2011/04/riwayat-hidup-almarhum-sarbani-pegawai.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke islah-net-subscr...@yahoogroups.com
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
islah-net-unsubscribe@yahoogroups.comYahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    islah-net-dig...@yahoogroups.com 
    islah-net-fullfeatu...@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    islah-net-unsubscr...@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke