Pada bulan Julai 2009 gajah di Jelebu telah beri amaran akan berlaku banjir 
besar di Jelebu. Tidak lama kemudian banjir besar melanda Jelebu. Kini di 
Pahang gajah-gajah liar mengamuk hingga merosakkan sebahagian masjid di 
Temerloh. Apakah tandanya? Sebelum Tsunami besar di Acheh, binatang liar dan 
ternak telah terlebih dahulu lari ke tanah tinggi menyelamatkan diri.

Kisah amukan gajah di Jelebu di 
http://pasns.blogspot.com/2009/07/gajah-di-jelebu-beri-amaran-akan.html 


Gajah liar rosakkan masjid

TEMERLOH 22 April 2011 - Sumber pendapatan kira-kira 300 penduduk Kampung Jeram 
Landak, Jerantut terjejas apabila mereka tidak berani keluar menoreh getah 
berikutan bimbang diserang sekumpulan gajah liar sejak beberapa hari lalu.

Lebih membimbangkan, sekumpulan kira-kira lima ekor gajah liar itu semakin 
berani sehingga memasuki pekarangan masjid dan memusnahkan bahagian dapur rumah 
ibadat itu malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jeram Landak, 
Isa Mohd. Yusoff mendakwa, kumpulan gajah itu memusnahkan peralatan memasak 
termasuk pinggan mangkuk di masjid tersebut.

''Ancaman gajah liar menceroboh kawasan kebun penduduk telah beberapa kali 
berlaku sebelum ini tetapi kali ini haiwan itu bertindak lebih ganas apabila 
menceroboh kawasan masjid.

''Penduduk takut ke kebun untuk menoreh getah dalam dua atau tiga hari ini 
kerana bimbang bertembung haiwan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia 
ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Isa, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 
(Perhilitan) sedang memburu dan menghalau haiwan itu ke dalam hutan di seberang 
sungai kampung tersebut hari ini.

Katanya, penduduk berharap, Perhilitan dapat menangkap dan memindahkan haiwan 
itu kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk.

''Kami berterima kasih kerana kecekapan anggota Perhilitan mengambil tindakan 
pantas menghalau haiwan itu ke dalam hutan semula," ujarnya.

Dia percaya haiwan itu kini berada di kawasan habitatnya di seberang Sungai 
Jelai berhampiran kampung itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_05.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke