Baru-baru ni jumpa satu port baru cendol di satu taman perumahan di Senawang. 
Gerai biasa saja, tak canggih, tapi cendol dia memang power. Mula-mula beli 
bungkus bawa balik rumah makan dengan famili. Lepas tu semalam makan di gerai 
abang cendol ni dengan anak. Sempatlah berborak rahsia cendolnya.

Mula-mula tanya, cendol ni abang buat sendiri ke? Dia kata ya, dia buat sendiri 
kat rumah, terletak seberang jalan dengan gerainya. Gula, dia guna gula enau, 
santan pun kelapa dia parut dan perah sendiri. Patutlah power, lain dari tempat 
lain dari yang saya rasa. Cendol pula dia tak guna pewarna, dia guna sepenuhnya 
daun pandan. Daun pandan pun dia tanam belakang rumah.

Abang tu kata lagi, sesiapa nak berniaga cendol nak belajar boleh datang rumah 
dia, satu hari secara tertutup. Dia akan turunkan semua ilmu dan rahsia, dan 
tiada pengeras. Cuma satu saja syaratnya. Kalau nak berniaga, jangan berniaga 
dekat dengan gerai dia.

Abang cendol ni, jual cendol untuk cari rezeki, bukan nak kaya raya agaknya. 
Kalau dia nak kaya raya, rasanya dah lama dia kaya. Tapi dia bersyukur dengan 
cara dia. 

Satu lagi ais dia bukan ais ketul, dia sagat guna mesin pusing dengan tangan , 
bukan elektrik, itu yang lagi kauw cendolnya.

Kat mana cendol abang ni? Tak boleh beritahu dalam laman web, nanti ramai 
sangat serbu gerai dia nanti. Saya nak beli pula manjang habis je stoknya. 
Semalam pun dia dah buat 3 round, pukul 3 dah habis.

Nak tahu mana abang ni jual cendol boleh SMS atau e-mel pada saya.

Semoga lebih ramai lagi orang kita , gigih, ikhlas macam abang cendol ni.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke