Sabtu lepas 23 April 2011 kami berborak dengan seorang pegawai Agensi Anti 
Dadah Kebangsaan (AADK). Lalu bertanya, banyak ke buat operasi menangkap 
penagih dadah sekarang. Kata pegawai AADK tadi, sekarang dah tak buat operasi. 
Lebih kepada pendekatan mesra dengan para penagih dadah. Kalau ada penagih 
dadah yang masuk pusat pemulihan, mereka boleh keluar bila-bila masa kalau rasa 
tidak mahu dipulihkan.

AADK beri tumpuan kepada mereka yang ada komitmen untuk bebas dari najis dadah. 
Beri kaunseling, dan khidmat nasihat. Bukan lagi macam dulu, operasi, tangkap, 
masuk Pusat Serenti.

Kalau penagih ada yang terlalu gian, pegawai AADK ini akan tunjukkan cara 
bagaimana untuk mencucuk dadah yang dapat mengurangkan risiko.

Adakah ini bermakna setelah bertahun-tahun kita mewujudkan Pusat Serenti, ianya 
Gagal? Kalau ada yang pulih, jumlahnya terlalu sedikit?

Ini bermakna, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membanteras dan 
memulihkan penagih dadah. Jiran tetangga, sanak saudara, jiran tetangga, surau, 
masjid, KHUTBAH JUMAAT perlu realistik menghadapi cabaran baru ini.

Tidak pernah saya dengar Khutbah Jumaat, para khatib berdoa, Ya Allah, masalah 
dadah di Malaysia ini, terutama di kalangan orang Melayu semakin serius Ya 
Allah. Ya Allah, Kau bantulah kami dalam usaha untuk membanteras masalah 
penagihan dadah dan memulihkan penagih dadah ini Ya Allah.

Artikel saya sebelum ini para Khatib Khutbah Jumaat terutama Menteri JAKIM 
patut belajar dari seorang Mat Saleh Inggeris cara berkhutbah pada pautan 
berikut di 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html 

Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai !

Jumaat Jun 25, 2010 
AADK Perkenal Klinik Pemulihan Berkonsep Terbuka Di Puspen Sungai Besi 

PUTRAJAYA: Sebagai pendekatan baru menangani gejala penyalahgunaan dadah, 
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan Pusat Pemulihan Penagihan 
Narkotik (Puspen) berkonsep terbuka yang diberi nama Klinik Pemulihan dan 
Prihatin 1Malaysia di Puspen Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Hishammuddin berkata jika sebelum ini penagih hanya dimasukkan ke Puspen 
melalui tangkapan dan keputusan mahkamah, kini dengan pembukaan klinik 
tersebut, individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah atau ubat-ubatan 
boleh tampil secara sukarela untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/6/25/mstar_berita/20100625172523
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke