Ni salah siapa ni sampai Bandaraya Rembau jadi pekan koboi ni? Nak salahkan 
siapa, Majlis Daerah Rembau, Jabatan Veterinar, pemilik lembu atau lembu-lembu? 
Eloknya lembu-lembu ni ditempatkan di projek Hospital Rembau dan Landasan 
Kapalterbang Rembau yang tak siap-siap tu.
 
Dari Blog Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong. Lagi gambar-gambar betapa 
bebasnya lembu ini berkeliaran macam pekan koboi di 
http://parchembong.blogspot.com/2011/04/binatang-ternakan-berkeliaran-salah.html
 

BINATANG TERNAKAN BERKELIARAN: SALAH SIAPA?
 
Menurut laporan en idris bin Saleh  26 April 2011 berhubung binatang ternakan 
seperti di bawah;

saya ingin buat aduan tentang binatang ternakan (lembu) yang selalu datang 
meragut rumput dan berkeliaran di depan lot kedai Taman rembau Permata.

Kemalangan pernah berlaku pada tahun lepas, membabitkan dua ekor lembu dan 
sebuah kancil remuk dan pemandunya cedera parah (berlaku di jalan utama , 
rembau-seremban (depan fresco). 

Nyawa manusia boleh terkorban akibat kelalaian penternak (pemilik) kerana 
membiarkan ternakan mereka berkeliaran (10-20 ekor). Setiap bulan dua atau tiga 
kali lembu-lembu datang meragut rumput di sini. harap pihak berwajib ambil 
tindakan.

Unit aduan membuat siasatan dan telah menjumpai bukti yang kukuh antaranya 
gambar-gambar yang sempat di rakamkan di Taman Rembau Permata, Lorong 2 sekitar 
jam 2.30 petang 

FOTO 1 - menganggu lalu lintas orang ramai

FOTO 2 - sekawan lembu dalam jumlah 10-20 ekor di kesan pada 26 April 2011
berkeliaran di Taman Rembau Permata

FOTO 3 - ibu lembu ini membawa anak..

FOTO 4 - ... meragut rumpu bersebelahan tangki air Taman Rembau Permata

FOTO 5 - Boleh mengundang padah (kemalangan)

PEMILIK BINATANG TERNAKAN INI DI MINTA TAMPIL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG 
SUDAH BERLARUTAN DAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PEMANDU JALAN RAYA.

LAPORAN E-ADUAN DALAM PORTAL MDR (MAJLIS DAERAH REMBAU) TELAH DIBUAT. NAMUN 
TIADA SEBARANG RESPON SETAKA HARI INI.PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN 
SEGERA SEBELUM MERAGUT NYAWA PENDUDUK DI SINI.




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke