Apabila orang Melayu saban hari dimomokkan di dada akhbar dan televisyen dengan 
isu video porno dan sumpah laknat, akhirnya Melayu yang susah dibantu oleh 
persatuan Buddha di Johor. Malahan banyak lagi Melayu yang hidup sudah bukan 
saja di Johor, tapi di N.Sembilan, Melaka, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan di 
mana-mana. Nak marahkan orang Kristian, orang Buddha, bila mereka bantu orang 
Melayu, atau nak marahkan diri kita sendiri, bangsa kita sendiri yang Menang 
Sorak, Kampung Tergadai.

Khutbah Jumaat bila lagi nak sedarkan orang Melayu supaya sentiasa muhassabah 
diri masing-masing dan sentiasa perhatikan kaum keluarga, sanak saudara, jiran 
tetangga yang memerlukan bantuan seperti yang disarankan oleh William Webb anak 
paderi Kristian pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html 

Juga kisah Ustaz kalau penakut berkata benar jangan belajar agama di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/ustaz-kalau-penakut-berkata-benar.html 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

‘Mereka sekadar tahu mencaci’

Harian Metro 29 April 2011 

LEDANG: “Kami dicaci masyarakat sekeliling kerana menerima bantuan daripada 
sebuah persatuan Buddha, malah lebih mengecewakan jabatan agama Islam sendiri 
seolah-olah tidak mempedulikan nasib kami,” kata Ahmad Khamis, 45, yang masih 
menunggu permohonan bantuan daripada Majlis Agama Islam Johor (Maij) sejak 
empat tahun lalu.

Ahmad seorang orang kurang upaya (OKU) memohon bantuan motosikal roda tiga 
daripada Maij pada 2007 berikutan kudung kaki sebelah kanan selepas terbabit 
dalam kemalangan hingga mengakibatkannya hilang pekerjaan.

Katanya, Maij sudah meluluskan permohonan bantuan berkenaan namun motosikal itu 
masih tidak diterima sehingga kini.

Difahamkan, motosikal berkenaan sepatutnya diterima Ahmad pada 2007 namun 
berlaku sebaliknya, malah tiada sebarang dokumen mengesahkan dia tidak layak 
untuk menerima kenderaan bernilai kira-kira RM6,000 itu.

“Saya hanya menjual makanan ringan di depan sebuah sekolah di sekitar daerah 
ini dan pendapatan diperoleh memang tidak mencukupi untuk menyara isteri, 
Ruzita Ahmad Jais, 40, serta dua anak.

“Melihat penderitaan kami sekeluarga, seorang sami Buddha muncul menghulurkan 
bantuan kewangan serta barangan dapur setiap bulan,” katanya di sini, semalam.

Menurut OKU itu, keluarganya menerima sumbangan berkenaan memandangkan 
persatuan itu hanya berniat mahu membantu.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, sejak menerima bantuan itu, keluarganya dihina 
masyarakat sekeliling kononnya mereka makan duit haram.

“Kami menerima bantuan RM150 sebulan itu selama lebih setahun. Bagaimanapun, 
akibat desakan serta tekanan masyarakat, kami sekeluarga memutuskan untuk tidak 
menerimanya lagi,” katanya.

Ahmad yang juga peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) turut mengakui 
menerima elaun bulanan berjumlah RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat 
(JKM) daerah berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang menghairankan, bantuan yang sepatutnya diterima sebanyak 
RM300 sebulan dipotong RM100.

“Dengan pendapatan yang tidak menentu, saya perlu menanggung perbelanjaan 
pendidikan anak yang tidak menerima bantuan kerajaan. “Saya tiada pilihan lain 
selain menerima bantuan diberikan persatuan Buddha itu dan berharap ada pihak 
sudi membantu,” katanya. 
Menurut Ahmad, dia bukannya mahukan kemewahan sebaliknya diberikan peluang 
untuk berniaga sebagai punca pendapatan.

Selain itu, Ahmad juga berharap masyarakat tidak membuat tuduhan melulu 
terhadap keluarganya semata-mata kerana mereka pernah menerima bantuan daripada 
persatuan Buddha.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011042902352120110429023521/Article/index_html
 





------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke