Semakin hari semakin banyak masjid-masjid dan surau-surau yang mati di Negeri 
Sembilan dan mungkin di seluruh Malaysia. Ada tak KPI atau NKRA Majlis Agama 
Islam Negeri dan JAKIM berapa peratus dari ahli kariah solat fardu 5 waktu di 
masjid atau surau? Atau KPI Majlis Agama Islam dan JAKIM hanya sekadar berapa 
banyak zakat dikutip setiap tahun, berapa banyak masjid canggih dibina setiap 
tahun, berapa banyak pasangan berkahwin setiap tahun?

Pengalaman peribadi saya sebelum ini mengenai masjid-masjid yang mati di Negeri 
Sembilan, negeri beradat pada pautan berikut
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 

Surau jadi sarang perokok 
Sinar Harian 29 April 2011 

KUALA KLAWANG - Surau di Taman Sri Kenaboi yang dahulunya meriah dengan 
pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan kini terbiar tanpa sebarang penyeliaan. 

Tinjauan Sinar Harian mendapati surau itu dibiarkan dalam tempoh lama kerana 
terdapat kesan pecah di bahagian tingkap, langsir yang terkoyak dan puntung 
rokok bersepah. 

Guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Klawang, Fahmi Mohd Yusuf berkata, 
surau itu hanya digunakan pada Ramadan sahaja dan selepas itu ia terbiar tanpa 
sebarang pengawasan. 

“Saya mendapati tikar yang diletakkan di dalam surau ini sudah tiada dan segala 
peralatan surau terpaksa disimpan dalam stor belakang surau bagi mengelakkannya 
dicuri. 

“Selain itu, surau ini juga sering menjadi sarang pelajar merokok dan melepak 
pada waktu malam. Ada juga yang memberitahu saya pelajar perempuan turut masuk 
ke dalam surau,” katanya. 

Fahmi berkata, ketika surau itu beroperasi, dia dan kakitangan MRSM sering 
datang ke situ. 

Menurutnya, ketiadaan jawatankuasa surau juga menjadi salah satu punca mengapa 
surau itu berada dalam keadaan sedemikian. 

“Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat mengambil langkah drastik untuk 
memulihkan kembali surau ini. Saya difahamkan, semasa pengambilan tanah untuk 
membuat surau berkenaan, kita terpaksa berebut dengan pihak lain. 

“Jadi adalah memalukan apabila kita berjaya mendapat tanah dan membina surau, 
kini ia terbiar begitu sahaja tanpa pengawasan,” katanya. 

Justeru, Fahmi berharap, pihak berkaitan dapat mengimarahkan surau itu dengan 
pelbagai aktiviti bagi mengelakkannya terus terbiar. 
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9027058.asp  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke