Sebenarnya bukan di N.Sembilan saja, tapi di mana-mana. Kematian adalah umpama 
kiamat kecil (rujuk sumber Hadith di akhir artikel ini). Marilah kita doakan 
agar keluarga di bawah ini diberi kesabaran menempuh dugaan yang amat berat 
ini, dimana 3 orang anak-anak mereka yang masih kecil dihanyutkan oleh arus 
deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan pada 3 Mei 2011. Ini adalah 
kejadian kedua di N.Sembilan dalam tempoh sebulan.

Memang 2-3 hari ini hujan begitu luar biasa sekali di Negeri Sembilan dan 
lain-lain tempat di Malaysia. Dua hari saya berulang dari Seremban ke hospital 
Tampin, kerana ayah masuh wad (bilalah nak siap Hospital Rembau?).

Isnin petang 2 Mei 2011 banyak jalan dinaiki air, nak isi minyak di stesen 
Petronas pekan Kota, air naik sampai buku lali, baru kereta depan nak isi 
minyak, blackout, semua api padam.

Selasa petang 3 Mei 2011, sekali lagi hujan yang begitu luar biasa, dalam 
perjalanan balik, banjir di pekan Pedas simpang tiga nak ke tol. Kenderaan JKR 
dan ramai petugas JKR berada di lokasi. Sepanjang hayat saya, rasanya inilah 
kali pertama saya lihat banjir di pekan Pedas, macam di Terengganu pula pada 
musim tengkujuh.

Ajal maut di tangan Allah. Harap pihak berkaitan memberi lebih banyak 
peringatan dan meletakkan papan tanda mengenai bahaya Kepala Air seperti pada 
hujung artikel ini. Juga memantau sekiranya ada pembalakan haram atau 
penerokaan tanah haram yang memburukkan lagi fenomena Kepala Air.

Hari Isnin tu pula saya dikunjungi oleh seoarang ahli tasauf. Katanya terlalu 
banyak fitnah tersebar sekarang. Dia ingatkan saya sekeluarga agar banyak 
bertaqwa, jaga amal ibadah yang wajib dan sunat. Banyakkan zikir, Selawat, baca 
Al Quran , ayat Kursi dan macam-macam lagi. Tapi apa yang beliau tekankan ialah 
banyakkanlah Selawat kerana Allah, banyak selawat kerana ianya penting dan amat 
mudah. Juga rujuk hadith di bawah yang menyarankan banyakkan Selawat.

Hidup di dunia hanya sementara, hidup di akhirat kekal sampai bila-bila.

Artikel saya sebelum ini, Bersedia hadapi bencana dahsyat di Malaysia bila-bila 
masa di 
http://waghih.blogspot.com/2011/04/bersedia-hadapi-bencana-dahsyat-di.html 

Rozmal bin Malakan 
http://waghih.blogspot.com 

3 kanak-kanak dikhuatiri lemas
Utusan Malaysia 4 April 2011

KUALA PILAH 3 Mei – Tiga beradik berusia dua hingga lima tahun dikhuatiri lemas 
selepas dihanyutkan arus deras semasa berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul dekat 
sini petang ini.

Mangsa yang hilang ialah Nur Syaza Alisa Syed Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan 
Nur Syaza Sakinah, 2.

Arus deras itu dipercayai berpunca daripada kepala air ekoran hujan di kawasan 
tinggi di Gunung Angsi dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu juga, bapa kepada tiga beradik 
tersebut, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu 
Hassan, 20-an, turut dihanyutkan arus.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm
 

Khamis April 7, 2011 
Pasangan Kekasih Lemas Di Tapak Perkelahan Gunung Berembun 

SEREMBAN: Dua pasangan remaja yang berkelah di air terjun Gunung Berembun di 
sini, Rabu dirempuh 'kepala air' menyebabkan seorang remaja wanita mati lemas 
manakala pasangan kekasihnya hilang dihanyutkan arus deras itu.

Mayat Khairulhiza Khairul, 18, dari Mambau ditemui oleh pasukan mencari dan 
menyelamat kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.30 petang.

http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_jenayah&file=/2011/4/7/mstar_jenayah/20110406221847
 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tajuk : Berlindung Dari Mala Petaka 

Daripada Ubai bin Kaab r.a. katanya: “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila sampai 
1/3 malam baginda pun bangun lalu bersabda, “ Wahai sekalian manusia ingatlah 
kamu semua kepada Allah, telah datang goncangan yang pertama (gegaran/tiupan 
pertama) yang diikuti dengan peristiwa yang amat dahsyat (golombang/tiupan 
kedua) telah datang maut dengan bermacam-macam kesengsaraan, telah datang mati 
dengan bermacam-macam bentuk kesusahan (ketika datangnya sakaratul maut). Aku 
berkata:“ Ya Rasulullah, sesungguhnya aku akan memperbanyakkan selawat ke 
atasmu, maka sebanyak manakah yang aku perlu berselawat ke atasmu?” Baginda 
menjawab’ “Seberapa yang banyak kamu kehendaki”. Aku bertanya lagi, 1/4? Beliau 
menjawab, seberapa banyak yang kamu kehendaki maka jika kamu tambah ianya 
menjadi kebajikan (selamat) kepada kamu. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 
separuh?” beliau menjawab, “ Seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika 
kamu tambah menjadi
 kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana jika 2/3?” Baginda 
menjawab seberapa banyak yang kamu kehendaki, maka jika kamu tambah ianya 
menjadi kebajikan kepada kamu”. Aku bertanya lagi, “bagaimana jika aku jadikan 
sepenuhnya untuk berselawat kepada mu?” Baginda menjawab, “Oleh yang demikian 
segala kehendakmu akan dipenuhi dan diampuni segala dosamu”.
  
(Hassan) 
 
  

 Huraian
1. Rasulullah mengingatkan umatnya agar sentiasa mengingati Allah sepanjang 
masa dan mengingati mati kerana KEMATIAN ADALAH SEUMPAMA KIAMAT KECIL bagi 
setiap manusia yang hidup. Bahkan kematian akan datang pada bila-bila masa 
dalam berbagai bentuk termasuk dengan berlakunya sesuatu bencana.
2. Mala petaka yang datang seperti gempa bumi, ombak besar (tsunami), tiupan 
angin yang kuat (puting beliung) dan sebagainya adalah ujian yang ditentukan 
oleh Allah S.W.T. bagi menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran setiap 
hamba-Nya.
3. Oleh itu umat manusia khususnya umat Islam hendaklah sentiasa beringat 
(jangan lalai dan alpa) dan sentiasa berzikir menyebut nama Allah 
sebanyak-banyaknya di samping berselawat ke atas baginda Rasulullah saw. 
sepanjang masa dan berdoa agar dijauhi dari segala mara bahaya dan bencana yang 
menimpa.
4. Orang yang banyak berselawat adalah orang yang paling rapat dengan baginda 
di akhirat kelak di mana segala permohonan dan kehendaknya akan diperkenankan 
oleh Allah S.W.T di samping itu segala dosanya akan diampunkan dan sentiasa 
mendapat perlindungan dari-Nya.
5. Sesungguhnya arahan Rasulullah saw. supaya umatnya memperbanyakkan selawat 
adalah juga disertai dengan suruhan agar kita tidak meninggalkan perintah agama 
serta menjauhi segala larangannya.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=849 
 
KEPALA AIR
Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang 
besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia 
berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

BAHAYA
Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala 
macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja 
halangan di hadapannya.

LANGKAH KESELAMATAN
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai 
dengan bunyi guruh yang kuat. 
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai. 
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau 
ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air). 
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air 
Terjun Sekayu). 

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kepala_air 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke