Jelebu, 4 Mei 2011 - Hari ini PAS Kawasan Jelebu telah menerima kemasukan Hj 
Annuar Bin Hashim ke dalam PAS. Hj Annuar Hashim adalah bekas orang kuat United 
Malays National Organisation (UMNO) di Jelebu ini. Beliau telah bersama dengan 
UMNO selama 35 tahun. Jawatan terakhir beliau bersama UMNO adalah sebagai 
Pegawai Peribadi Khas kepada EXCO Pertanian Negeri Sembilan iaitu Dato' Yunus 
Rahmat yang juga ADUN Klawang. 

Hj Annuar dahulu berkhidmat sebagai pegawai FELDA selama lebih 20 tahun dan 
pernah berkhidmat di Gua Musang selama 9 tahun. Satu sidang akhbar khas telah 
diadakan dengan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani dan En Yau 
Con Seng (Pengerusi DHPPNS).

Menurut Hj Annuar FELDA adalah salah satu agensi kerajaan yang mencapai 
keuntungan beratus juta setahun dan pernah sekali FELDA pernah mencapai 
keuntungan sehingga 1 billion ringgit. 

Menurut beliau lagi ini kerana semenjak tahun 1980 FELDA telah memberhentikan 
kemasukan peneroka ke rancangan tanah FELDA, sebaliknya mereka (FELDA) telah 
menubuhkan FELDA Plantations yang telah lari dari konsep asas, asal penubuhan 
FELDA. Penipuan dalam Gred buah sawit memang telah lama berlaku menurut beliau.

Apabila ditanya kenapa secara tiba-tiba beliau ingin meninggalkan UMNO setelah 
bergelumang selama 35 tahun dalam parti tersebut. Beliau menyatakan beliau 
telah muak dengan cerita fitnah UMNO ke atas Anwar Ibrahim yang tidak 
habis-habis dan beliau juga tidak nampak perubahan ekonomi yang drastik seperti 
yang diwar-warkan oleh UMNO/BN yang ingin dibawa ke Malaysia setelah lebih 50 
tahun memerintah. 

Rakyat Malaysia semakin terhimpit, susah nak cari makan dan menghadapi 
kehidupan yang stress sekarang dengan kenaikan harga barang, kata beliau lagi. 
Ini lah yang menyebabkan beliau berpatah arang dengan UMNO dan mencari platform 
baru untuk meneruskan perjuangan rakyat. 

Sebagai contohnya di Jelebu ini mana ada bas ke Simpang Durian dan Pertang, 
kata beliau. Macam mana nak naikkan ekonomi atau maju kalau bas pun tak ada 
memberikan perkhidmatan walaupun sudah lebih 50 tahun kita merdeka, ujar beliau 
lagi.

Berita penuh dan gambar di 
http://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/annuar-masuk-pas.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke