Teks khutbah Sempena Ulangtahun An-Nakbah , Sempena Bulan Naqbah
Oleh : Dr Hafidzi Mohd Noor, Aqsa Syarif, 1 Mei 2011
Hari ini khatib hendak membawa perhatian sidang Jumaat kepada satu peristiwa 
besar yang menimpa umat ini pada abad yang lalu. Peristiwa tersebut dikenali 
sebagai Nakbah yang membawa maksud malapetaka besar. Secara rasminya kemuncak 
peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. 

Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai 
gantinya berkibar lah bendera 'The Star of David' dan pada keesokan harinya 
iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh perdana 
menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 63 ini wajar 
mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah 
tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat 
antarabangsa. 

Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan 
mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu 
British dan Amerika Syarikat. 

Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan 
tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah 
mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka 
tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.
 
Dapatkan tek khutbah sepenuhnya pada pautan berikut 
http://puspa-ns.blogspot.com/2011/05/teks-khutbah-sempena-ulangtahun-nakbah.html
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke