ADUN Paroi perjuang nasib Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di Sekolah 
Menengah Agama Negeri

Di Negeri Sembilan masih terdapat tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu 
sekolah yang masih di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan iaitu Maahad 
Ahamadi Gemencheh , Sekolah Menengah Sains Selaru , Kuala Pilah dan Institiut 
Tahfiz Al-Quran di Gemencheh. 

Pada tahun 2011 ini , masih terdapat seramai 38 orang guru sandaran tidak 
terlatih (GSTT) di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. Yang menjadi persoalannya 
, kenapa GSTT tersebut tidak diberikan surat perlantikan walaupun telah 
berkhidmat bertahun-tahun lamanya dan jawatan tersebut seolah-olah telah 
dibekukan.

Di dalam Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri yang ke-12 
, ADUN Paroi , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani http://mohdtaufek.blogspot.com  
telah bertanya tentang nasib semua guru sandaran tidak terlatih tersebut 
memandangkan peranan Sekolah Menengah Agama Negeri ini sangat penting dalam 
membentuk generasi muda yang beriman dan mempunyai akhlak yang terpuji. 

Sewajarnya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama 
Islam Negeri Sembilan ditambah lagi kerana sekolah-sekolah seperti inilah yang 
menjadi tumpuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan yang juga pembayar-pembayar 
zakat di Negeri Sembilan.

“Rancangan untuk membina Wisma Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang akan 
melibatkan jutaan ringgit seperti mana yang disebut oleh YAB Mentei Besar 
baru-baru ini sewajarnya tidak menjadi keutamaan Kerajaan Negeri berbanding 
untuk meningkatkan mutu pemdidikan Islam di Negeri Sembilan. Peruntukan yang 
besar sewajarnya disalurkan untuk pembangunan program pendidikan di Negeri 
Sembilan khususnya yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Negeri yang kini 
hanya berjumlah tiga buah sahaja. Peruntukan per kapita bagi setiap sekolah 
agama negeri pada tahun 2010 yang berjumlah hanya RM405,911.80 sememangnya 
tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah-sekolah tersebut”, tegas Hj 
Mohamad Taufek. 

Pakatan Rakyat sentiasa menghargai dan mengiktiraf sumbangan para guru dalam 
memangunkan negara sebab itulah dalam Program 100 hari Pakatan Rakyat , salah 
satu tawaran kita adalah menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 setiap 
bulan. 

“Saya selaku wakil rakyat yang diamanahkan menjaga portfolio Agama Islam akan 
terus memperjuangkan agar perjuangan semua guru sandaran tidak terlatih untuk 
mendapat jawatan tetap akan terus diperjuangkan sehingga berjaya sebagaimana 
kita berjaya perjuangkan agar elaun guru-guru KAFA dinaikkan sepertimana hari 
ini”.

SELAMAT HARI GURU 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke