Berhubung dengan respon dari Ketua Pengarah JAKIM berhubung penggunaan ubat 
yang mengandungi hormon babi untuk pesakit jantung adalah haram atas alasan ada 
alternatif ubat lain dari sumber halal, menunjukkan tiada pelarasan kerja 
antara JAKIM dan pihak Kementerian Kesihatan demi menjaga kepentingan umat 
Islam di negara yang sepatutnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Kenapa pesakit jantung dibebankan untuk membuat pemilihan antara yang halal dan 
haram disaat yang kritikal. Elok-elok pesakit jantung tadi nak baik, silap 
haribulan dia mati kerana keliru samada hendak menerima suntikan ubat yang ada 
unsur babi atau tidak.

Sepatutnya JAKIM mengeluarkan arahan kepada Kementerian Kesihatan untuk pesakit 
jantung beragama Islam, pihak hospital hanya menggunakan Arixtra yang 
dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang 
sama dengan Clexane dan Fraxiparine.

Jika JAKIM tiada kuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut, kita ada Perdana 
Menteri yang beragama Islam yang lebih berkuasa daripada Menteri Kesihatan.

Sementara itu arahan juga hendaklah dikeluarkan ke semua hospital agar sentiasa 
mempastikan bahawa stok ubat Arixtra sentiasa ada dalam simpanan dan mencukupi 
untuk kegunaan pesakit beragama Islam.

Satu persoalan, ada tak ahli parlimen kita yang beragama Islam dari Umno, PKR, 
PAS dan Bebas membahaskan isu ini di parlimen atau pada mereke perkara ini 
remeh temeh?

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Respon JAKIM selepas membaca surat saya di Utusan 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm
 

Surat terbuka saya sebelum ini kepada semua media berhubung isu penggunaan ubat 
mengandungi hormon atau unsur babi di 
http://waghih.blogspot.com/2011/05/ayah-enggan-disuntik-hormon-babi-dia.html 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke