PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku 
kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi 
dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

NAK BERSEDIA MACAMANA, CAKAPLAH !

1. Bersedia undi Umno BN lagi dalam pilihanraya akan datang?
2. Bersedia tukar Naza Ria ke Viva? Ada value ke nak trade in Naza Ria?
3. Bersedia guna motosikal? Selamat ke guna motosikal di Malaysia ini, elok 
sangatkah lorong motosikal, senang dan murah ke dapat lesen motosikal?
4. Bersedia guna basikal? Selamat ke anak-anak kita ke sekolah naik basikal?
5. Bersedia jalan kaki ke tempat kerja? Siapa sanggup?
6. Bersedia naik bas ke tempat kerja? Berapa jam nak tunggu bas di Jelebu kalau 
nak pergi kerja di Seremban?

Soalan yang paling utama , bersediakah pemimpin negara, terutama pemimpin Umno 
BN ubah cara hidup, guna kereta yang jimat minyak, tiada lagi polis escort, 
tiada lagi pengawal peribadi, kurangkan penggunaan helikopter semasa 
pilihanraya, kurang sambutan besar-besaran himpun rakyat di stadium dan 
sebagainya.

********** 
Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) - Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku 
kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi 
dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai 
rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga 
minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah 
itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti 
harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen 
kepada RM1.90 seliter.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=586636 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke