Hari ni Najib dan Muhyiddin kononnya mengumumkan berita baik untuk guru sempena 
Hari Guru. Bukan berita baik untuk semua guru, hanya berita baik untuk 2 
peratus guru. Eloklah tu biar 2 peratus guru saja yang akan sokong Umno BN, 98 
peratus lagi yang tak dapat berita baik akan sokong Pakatan Rakyat. Terimakasih 
Najib dan Muhyiddin yang memudahkan kerja kempen Pakatan Rakyat.

Itu tak termasuk 13,000 Guru Sandaran Tak Terlatih yang tidak mendapat berita 
baik tersebut. Jadi 98 peratus dari 350,000 guru tambah 13,000 guru GSTT akan 
sokong Pakatan Rakyat nanti.

Pakatan Rakyat perlu perluaskan pemahaman rakyat mengenai Buku Jingga !

Jangan lupa baca artikel sebelum ini bertaju Guru-guru dah meyampah, Menteri 
Pelajaran PENIPU? di 
http://amkns.blogspot.com/2011/05/guru-guru-dah-meyampah-menteri.html 


LET’S ROCK ! MY SCHOOL ROCKS 2011 !

Isnin Mei 16, 2011 

Durian Runtuh Untuk Guru Januari Depan - Najib 

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 
berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan 
pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan 
guru.

Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena 
pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau 
berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan 
pengorbanan yang telah dibuat para guru.

Pelancaran sambutan Hari Guru bertema "Guru Penjana Transfromasi Pendidikan 
Negara" itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 
yang juga Menteri Pendidikan.

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi 
laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah 
sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa 
dan pendeta guru.

Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah 
menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai 
membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, 
katanya.

Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal 
akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, 
akan melibatkan 6,585 jawatan.

Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di 
sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang 
melibatkan sejumlah 99 jawatan.

"Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang 
pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa 
jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru," 
katanya. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516191152&sec=mstar_berita
 

Isnin Mei 16, 2011 

TEKS UCAPAN PENUH MENTERI PELAJARAN SEMPENA HARI GURU 

KUCHING: Berikut adalah teks ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri yang juga 
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena sambutan Hari Guru 2011 
yang berlangsung di Borneo Convention Centre di sini pada petang Isnin.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/16/mstar_berita/20110516193239&sec=mstar_berita
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke