KEM REMAJA SINERGI
Tarikh : 5-7 Jun 2011 (Ahad-Selasa)
Tempat : Iman D'Semungkis Training & Motivation, Jalan Taman Agroteknologi Sg. 
Semungkis, Bt. 14 1/2 Hulu Langat, Selangor.
Anjuran : Faqih Synegies Training & Consultancy kerjasama Akademi Darul Huffaz  
cawangan Kota Damansara
Peserta  : Remaja 11 - 18 tahun
PENGISIAN
1.Mind and Heart Setting
2.Kita Kembali pada Fitrah.
3.Psikologi Remaja & Cinta
4.Kesihatan Reproduktif Remaja
5.Belenggu Remaja
6.Inilah jalan KAMI !
7.Motivasi Yess !!
8.Explorace GO !
9.Jungle Tracking

Maklumat lanjut di http://faqihsynergies.blogspot.com 
Hubungi : Puan Tengku Husni: 013-2527421, Us Yusri : 013-629 5605, Us Saiful: 
013-370 6442              

Pendaftaran
Sebelum 21 Mei : RM 120 (Alumni Faqih) & RM 150 (Biasa)
Selepas 21 Mei   : RM 180 (Alumni Faqih) & RM 220 (Biasa)
SMS : <nama anak>jarak<no.ic>jarak<nama 
ibu/bapa/penjaga>jarak<no.tel>jarak<alamat rumah>

Untuk pembayaran : bank in ke No. Akaun : FAQIH SYNERGIES TRAINING & 
CONSULTANCY, CIMB Islamic 1422-0000089-10-8

OBJEKTIF
- Meningkatkan pengetahuan  dan kesedaran remaja/ belia akan pendidikan 
reproduktif berdasarkan Islam dan akhlak
- Menanamkan sikap positif di dalam diri remaja/ belia supaya menghindari 
tingkahlaku/ tabiat/ kelakuan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan diri, 
fiazikal, intelek, emosi dan spirituil.
- Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang baik berlandaskan nilai 
Islamserta berusaha mempengaruhi remaja/ belia lain kea rah cara hidup yang 
sihat dan lebih berakhlak mulia.
- Membentuk sekumpulan agen perubah di kalangan remaja bagi menggerakkan 
sebarang aktiviti/ program bagi mempengaruhi/ membimbing rakan-rakan lain.

PENGENALAN
Senario remaja dan belia kita hari ini kian membimbangkan, malah amat 
menakutkan. Kebimbangan ini bukan lagi di alami sendiri oleh ibu bapa di rumah, 
malah turut dikongsi bersama dengan masyarakat di luar sana. Golongan kedua 
yang hampir dengan remaja hari ini ialah para pendidik di sekolah atau di 
universiti. Mereka adalah agen perubahan sekunder bagi kehidupan seorang 
remaja/ belia.

Mereka turut mengalami kebimbangan dan tanggungan tanggungjawab yang berganda 
untuk membina remaja/ belia hari ini. Pelbagai jenis program, ceramah, seminar, 
lawatan mahupun sesi kaunseling, belum mampu mengubah cara berfikir atau 
mindsetting mereka. Adakah mereka ini dikira gagal? Jawapannya tidak sama 
sekali! Perubahan harus melalui satu proses yang panjang. Manusia tidak akan 
berubah dengan sekelip mata. Tetapi perubahan akan berlaku jika ada titik 
permulaannya.

PENDEKATAN
Konsep program  ini  ialah konsep “Mesra, Motivasi, Membina”.  Antara 
pendekatan program ini adalah :

Ceramah / Diskusi
Slot  ini adalah merangkumi elemen pengisian multimedia, tayangan, permainan 
dan sesi perkongsian peserta.  Peserta akan belajar komunikasi dua hala, 
penghayatan rohani, kesedaran diri, membina potensi akal, rohani dan fizikal.

Praktikal
Slot ini membina kefahaman peserta secara lebih dekat dan mudah tentang perkara 
asas dalam kehidupan peserta sebagai muslim. Pendekatan ini diterapkan 
sepanjang program ini berjalan,  dari bangun tidur sehingga tidur semula, 
merangkumi akhlak makan minum, kebersihan diri, hormati sesama muslim dan 
lain-lain. Secara ringkasnya, ini adalah praktikal “Islam sebagai Cara Hidup”.

Latihan dan bimbingan
Di dalam program ini, peserta akan diberikan latihan untuk membina matlamat 
hidup, cara untuk urusan jadual harian, cara untuk membaiki diri dan lain-lain. 
Peserta juga akan dibimbing untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri dan 
cara untuk mengekalkan motivasi dan perubahan diri selepas program.  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke