http://fikrah-dakwah.blogspot.com

 
Mursyid Am: IM  berpegang kepada Prinsip Masyarakat Madani 
Author: Fikrah dan Dakwah | Posted at: 7:29 AM | Filed Under: Berita        

Isnin 23 Mei 2011

Dr. Mohamed Badie,   Mursyid Am IM menegaskan IM mahukan masyarakat madani yang 
 
berlatar-belakangkan Islam.  Tegasnya lagi,  IM tidak mendahului atau di  
belakang rakyat Mesir, sebaliknya sentiasa bersama mereka di masa  kesusahan.

Ketika memberikan  ucapan di hadapan ribuan yang menyertai majlis perasmian Ibu 
Pejabat IM,  beliau berkata, “ Setiap ahli IM, lelaki, wanita, pemuda dan 
pemudi  
menwarkan khidmat mereka kepada negara, bukan sahaja di Mesir tetapi  juga 
seluruh dunia melalui pelbagai jawatankuasa”.

Beliau  menambah, ini adalah detik bersejarah di mana semua pihak bekerjasama  
untuk membina semula Mesir dan mebangunkannya.  Semua pihak diseru untuk  
bekerja keras mempertahankan revolusi dan tuntutan-tuntutannya.

Beliau menambah, “  Peranan Mesir di arena antarabangsa  dahulunya telah pudar, 
tetapi Allah  telah mengembalikan kedudukannya, tentera kini memainkan 
peranannya  yang sebenar  manakala rakyat Mesir, institusi Azhar dan Gereja 
kini  
dihormati semula.

Dr. Badie menegaskan semua rakyat Mesir berbangga sebagai warga Mesir selepas 
kejayaan revolusi dan pengorbanan para syuhada’.

Beliau menyifatkan  kehadiran perwakilan daripada pelbagai kumpulan politik 
nasional di  majlis perasmian Ibupejabat IM sebagai simbol kecintaan kepada 
Mesir.   Ujarnya,” IM telah menderita seperti semua rakyat Mesir yang lain 
tetapi  kami tetap tidak berganjak dan ahukan Mesir memainkan peranannya.”


Menurutnya, IM  sedang berusaha memerangi sebarang usaha untuk merosakkan imej 
Islam dan  Mesir dan setakat ini, IM dengan bantuan Allah telah berjaya   
memastikan imej Mesir tidak tercemar.
Dr Badie berdoa agar  Allah menyempurnakan kegembiraan kita dengan memberi 
kemenangan kepada  rakyat Syria, Yeman dan Libya bagi membolehkan mereka 
memperolehi  hak-hak asasi mereka.

Kirim email ke