Saya agak terkejut kerana mendapat berita adik seorang kenalan saya mendapat 
penyakit Tibi atau Batuk Kering. Sebelum ini ibunya mendapat penyakit tersebut. 
Antara tanda ketara mereka yang mengidap Tibi ialah kehilangan berat badan 
keterlaluan atau amat kurus. Adakah negara kita sedang dilanda satu lagi bala? 
Berita di bawah ini amat membimbangkan kita semua.

Hidup di dunia hanya sementara. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua 
yang Allah larang, mudah saja.

Beberapa tip, panduan, diet dan pemakanan untuk membantu mencegah dan merawat 
Tibi di hujung artikel.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 

Kes Penyakit Tibi Meningkat 
April 1, 2011 No Comments 

KUALA LUMPUR  – Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit 
batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu.

Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda 
penyakit berkenaan seperti batuk, demam, susut berat badan dan berpeluh pada 
waktu malam supaya melakukan pemeriksaan kesihatan segera.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, masyarakat perlu berwaspada 
terhadap penyakit itu kerana Tibi merupakan penyumbang kejadian penyakit 
berjangkit dan penyebab utama kematian di seluruh dunia.

“Oleh itu mana-mana individu yang mempunyai satu daripada tanda-tanda tersebut 
mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit perlu mendapatkan pemeriksaan 
kesihatan.

“Mereka yang mengidap kencing manis, perokok dan gemar mengambil alkohol secara 
berlebihan berisiko  tinggi untuk mendapat jangkitan ini,” katanya melalui satu 
kenyataan media hari ini.

Tiong Lai berkata, tindakan segera membuat pemeriksaan amat penting supaya 
rawatan awal dapat dimulakan sekali gus mencegah jangkitan itu merebak dan 
mana-mana individu yang menjalani rawatan perlu mematuhi arahan rawatan dalam 
tempoh enam hingga lapan bulan.

Dalam pada itu, katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan terdapat 9 
juta kes baru jenis berjangkit di seluruh dunia dan sekurang-kurangnya 4,700 
kes kematian akibat Tibi dilaporkan pada setiap hari.

Menurutnya, dianggarkan lebih 2 bilion penduduk dunia di jangkiti kuman Tibi 
menyebabkan Pertubuhan Ke sihatan Sedunia menegaskan supaya semua pesakit Tibi 
perlu menjalani pemeriksaan HIV dan mendapat rawatan yang sewajarnya.
http://mynewshub.my/bm/2011/04/01/kes-penyakit-tibi-penduduk-malaysia-meningkat/
 

Tuberculosis Rises Again In MalaysiaMedia Summary
22/08/2010
Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private 
doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with 
the migration of people from high-risk countries. 
http://www.demotix.com/news/416648/tuberculosis-rises-again-malaysia 

Sunday October 24, 2010
Knowing the disease
UNLIKE diseases that attack the lungs such as SARS (Severe Acute Respiratory 
Syndrome), not everyone infected with the tuberculosis (TB) bacteria becomes 
sick.
“We are facing a silent spread of the disease, because if I infect you, you 
only have a 5-10% of chance of becoming sick,” says World Health Organisation 
(WHO) Western Pacific adviser for TB Dr Catharina van Weezenbeek.
http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2010/10/24/health/7230369&sec=health
 

Tibi tidak mengenal mangsa
Utusan Malaysia
KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia 
merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang 
lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa. 

Seseorang yang terdedah kepada udara yang tercemar dengan kuman tibi akan 
menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui hidung, mulut, larinks dan 
kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut. 

Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran 
tibi secara meluas. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm
 

Batuk Kering (TB)
Apakah batuk kering?
Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia 
disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif 
batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh 
melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering 
yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'.
http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/pemakanan_content.jsp?lang=pemakanan&storymaster=1211861020578&storyid=1211861020578&substoryid=1132473254379
  

The Right Diet to Beat Tuberculosis
People who are malnourished or underweight are more likely to get tuberculosis 
and are also more susceptible to reinfection or relapse of TB after treatment. 

To give your body the vitamins, minerals, and other nutrients it needs to fight 
active tuberculosis and regain your strength and stamina, you need to eat a 
diet containing a variety of healthy foods, such as: 
Leafy, dark-colored greens like kale and spinach (sayur hijau, sawi, bayam), 
for their high iron and B-vitamin content 
Plenty of whole grains, like whole wheat pastas, breads, and cereals (Corn 
Flakes)
Antioxidant-rich, brightly-colored vegetables, such as carrots, peppers, and 
squash, and fruits, like tomatoes, blueberries, and cherries — think of buying 
produce in a full rainbow of colors Unsaturated fats like vegetable or olive 
oil, instead of butter 

What to Avoid When You Have Active Tuberculosis 
Limit coffee and other caffeinated drinks. Limit refined products, like sugar, 
white breads, and white rice. 
Avoid high-fat, high-cholesterol red meat (elakkan daging lembu/kambing) and 
instead load up on leaner protein sources like poultry, beans, tofu, and fish 
(ayam, tahu, ikan OK) . 
http://www.everydayhealth.com/tuberculosis/the-right-diet-to-beat-tuberculosis.aspx
    

Diet for TB patients 

Foods that should be avoided in a diet for TB patients are alcohol, fried 
foods, canned foods, coffee, sugar and sweeteners, white bread and tea. There 
are several recipes for TB patients, which are easily available through online 
resources. However, it is important to consult a dietician as well as a doctor, 
when planning to switch over to a diet for TB patients. 
http://www.diethealthclub.com/askquestion/170/diet-for-tb-cab-tb-patients-eat-non-veg-food-if-no.html
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke