*FN EDUCATION GROUP (Fauzul Na'im Sdn. Bhd.)* sebuah syarikat perunding
latihan dan motivasi yang berpusat di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kami
menfokuskan bisnes kami mengendalikan dan menguruskan program-program
latihan dalam bidang penulisan, protokol dan keusahawanan melalui anak-anak
syarikat milik penuh kami. Program kendalian kami dibahagikan kepada dua
jenis iaitu program latihan dalaman yang ditawarkan kepada agensi kerajaan
dan swasta juga program-program latihan ditawarkan secara umum. Program
latihan umum kami diadakan di pusat latihan kami di Wangsa Melawati.
Sehingga sekarang sudah lebih daripada 3,000 peserta dan 300 organisasi yang
mendapat manfaat daripada program anjuran kami di dalam dan luar negara.

Kami mencari calon bagi mengisi jawatan penting berikut:

*PENGURUS/EKSEKUTIF KANAN JUALAN & PEMASARAN PROGRAM LATIHAN*

*Tanggung jawab dan peranan:*

   - Mereview sasaran dan objektif strategi secara berkala, memantau dan
   meneliti perkembangan setiap perancangan.
   - Mengurus gerak kerja harian segala aspek operasi berkaitan bisnes
   perundingan dan latihan.
   - Menyelia perkhidmatan rundingan dan latihan, bertanggungjawab untuk
   peningkatan prestasi organisasi dan ahli pasukan.
   - Merancang, mengurus dan mentadbir urusan projek latihan dan perundingan
   mengikut masa ditetapkan bagi memastikan:
      - Para jurulatih bersedia sepenuhnya dan peralatan latihan bersedia
      untuk masa program.
      - Tempat program sudah sedia ditempah dan segala peralatan multimedia
      juga bersedia untuk hari program.
      - Pendaftaran program sudah dilakukan dengan sempurna.
   - Mengenalpasti kaedah untuk memperkasa dan menaiktaraf perkhidmatan
   perundingan dan latihan serta mencadangkan perancangan untuk implementasi.
   - Memantau bajet setiap unit dan mengurus dengan:
      - Meneliti setiap laporan kewangan ahli perjam mengikut mingguan.
      - Memastikan ketepatan proses invois dan memantau hutang.
      - Membuat pemantauan terhadap pelanggan bagi mengelak hutang lapuk.
   - Mengatur dan mengkoordinasi mesyuarat profesional dengan para jurulatih
   dan pakar terbabit bagi membangunkan program latihan baru di samping
   memperkasa program lama mengikut keperluan. Di samping itu membangunkan
   kerjasama dengan para pakar antarabangsa sebagai rakan kongsi strategik.
   - Mengemaskini pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah secara laporan
   bertulis.
   - Melaksanakan perancangan jualan dan pemasaran bagi menarik lebih ramai
   pelanggan di kalangan korporat dan agensi kerajaan.
   - Mengurus hubungan dan jaringan dengan pelanggan sedia ada dan pelanggan
   menjadi prospek masa hadapan dengan:
      - Membuat rekod semua pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi.
      - Membina dan membangunkan hubungan baik dengan meningkatkan rasa puas
      hati pelanggan.

*Kebolehan dan kemahiran:*

   - Mempunyai berfikiran strategik dan berwawasan
   - Berkepemimpinan
   - Orientasi berkembang dan keuntungan
   - Menyelesaikan masalah
   - Berfikiran analitik
   - Bergerak untuk kepuasan pelanggan
   - Pengurusan projek
   - Orientasi bisnes

*Perwatakan:*

   - Berkomitmen
   - Mempunyai keupayaan untuk memotivasi dan menginspirasikan orang lain
   - Kualiti perkhidmatan berasaskan pelanggan
   - Kreatif dan analitikal


Jawatan ini terbuka kepada *semua pemegang diploma dan ijazah dalam apa
sahaja bidang yang bersesuaian dengan jawatan ditawarkan*. Individu dengan
pengalaman kerja dalam bidang latihan dan perundingan mempunyai kelebihan.
Para graduan baru amat digalakkan memohon. Sebarang permohonan boleh dibuat
kepada

*FAUZUL NA'IM SDN. BHD.*
*9-2 Jalan Wangsa Setia 3*
*Wangsa Melawati*
*53300 Kuala Lumpur*
*Tel: 03 4149 2560*
*Faks: 03 4149 3560*

ataupun emel kepada *[email protected]*

Permohonan perlu sampai kepada kami *sebelum ataupun pada 15 Jun 2011*.
Pihak kami menunggu Tuan/Puan yang berkualiti tinggi untuk menyertai pasukan
kami.


-- 
*
FN Education Group*
*www.fnedugroup.com*
*(Fauzul Na'im Sdn. Bhd.  (842439-K))
9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA*
Tel: (+6) 03 4149 2560 Fax: (+6) 03 4149 3560 E-mail: [email protected]

*Pegawai Perhubungan Syarikat:*

Saudara Mohd Arif Juhani Abdul Rahman, Penolong Pengurus Unit Latihan
Korporat & Perkhidmatan Penerbitan: (+6) 013 504 5377
Saudari Nur Atiqah Abdul Rahman, Penolong Pengurus Unit Latihan Umum &
Kerjasama Strategik: (+6) 012 962 8698

*Our Subsidiaries:*

   - Akademi Penulis Sdn. Bhd. (www.akademipenulis.com)
   - Akademi Usahawan Jaya Sdn. Bhd. (www.akademiusahawan.com.my)
   - Akademi Protokol Sdn. Bhd. (www.akademiprotokol.com)

************************************************
Facebook Akademi Penulis: www.facebook.com/akademipenulis
Facebook Akademi Usahawan: www.facebook.com/akademiusahawan
Facebook Akademi Protokol: www.facebook.com/akademiprotokol
Twitter: www.twitter.com/akademipenulis
Twitter: www.twitter.com/akademiusahawan
Twitter: www.twitter.com/akademiprotokol

***********************************************
*
*

Kirim email ke