1 Jun 2011. KEADILAN  merasakan seolah-olah wujud percubaan oleh pihak tertentu 
untuk menutup kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, allahyarham Ahmad 
Sarbaini. Ini kerana selepas hampir 2 bulan, tiada sebarang dakwaan dibuat 
terhadap mana-mana pihak, sedangkan kes itu melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Justeru KEADILAN menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri 
Ismail Omar bagi mendesak pihak polis melakukan siasatan segera.

Hadir menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari 
ini, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran serta 
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

N Surendran berkata, sehingga kini polis gagal menyiasat insiden kematian itu, 
meskipun laporan polis dibuat isteri Allahyarham.

Manakala penyiasat dari  SPRM  sendiri mendedahkan bahawa kakitangan dalamannya 
terlibat dalam insiden kematian itu.

“Bahkan laporan polis telah dibuat oleh balu mangsa, Maziah Manaf pada 2 Mei 
lalu bahawa pegawai penyiasat dari SPRM membuat pengakuan bahawa ‘orangnya’  
terlibat dalam kematian tersebut.

“Selepas hampir 2 bulan masih tiada tindakan atau tangkapan oleh polis. Keadaan 
ini seperti pengulangan kes yang berlaku kepada mendiang Teo Beng Hock. Besar 
kemungkinan ada ‘foul play’ dalam kematian ini,” kata Naib Presiden KEADILAN, N 
Surendran.

Dalam memorandum tuntutan yang diserahkan kepada Ketua Polis Negara hari ini, 
KEADILAN menuntut tindakan mengikut undang-undang dan prosedur jenayah 
dilakukan ke atas anggota SPRM yang bertanggungjawab.

Kandungan memorandum itu menuntut siasatan segera ke atas laporan polis yang 
dibuat balu mangsa dan perkembangannya dimaklumkan segera kepada keluarga Ahmad 
Sarbani dan rakyat Malaysia.

“Ketua Polis Negara dituntut memberi akujanji bahawa kesemua kes berprofil 
tinggi yang disiasat secara adil, cepat dan telus walaupun melibatkan agensi 
kerajaan lain,” jelas kenyataan tersebut yang dipetik.

Seorang lagi Naib Presiden KEADILAN Tian Chua menegaskan, pihak berkuasa 
seperti tidak berperikemanusiaan apabila memandang ringan kes ini dengan 
melengah-lengahkan prosedur siasatan.

“Sedangkan dalam kes melibatkan ahli politik pembangkang, polis kelihatan ada 
tanggungjawab sosial. Mereka secara konsisten akan memaklumkan kepada media 
setiap perkembangan, tetapi tidak bagi kes ini. Walhal, kes ini lebih serius,” 
katanya kepada Keadilandaily ketika ditemui i perkarangan Balai Polis Bukit 
Aman.

Sementara itu, Nurul Izzah Anwar mendakwa kelewatan kes ini adalah bukti bahawa 
pihak berkuasa melakukan penyiasatan terpilih.
“Tidak ada petanda yang jelas dalam perkembangan siasatan. Persepsi masyarakat 
bahawa setiap aduan adalah serius. Untuk hal seperti ini perlu diberikan 
keutamaan,” katanya.

Izzah menuntut kerjasama pihak media menyebarluas tuntutan keluarga Sarbani 
seperti terkandung dalam laporannya kepada seluruh rakyat Malaysia bagi 
menuntut jawapan dan siasatan terbuka punca kematiannya.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin 
menegaskan, polis perlu menangani kes ini sebagai kes jenayah, dan bukannya 
politik.

“Ini adalah isu kematian seorang pegawai kerajaan yang merupakan aset dan telah 
berkhidmat kepada negara. Apatah lagi, siasatan dilakukan terhadap Sarbani oleh 
SPRM merupakan usaha kerajaan untuk membasmi rasuah ke peringkat akar umbi,” 
katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada ahli Parlimen untuk membangkitkan perkara 
tersebut dalam sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bakal berlangsung 
bulan ini.

Terdahulu sebelum itu, memorandum 3 muka surat diserahkan kepada Ketua Polis 
Negara melalui pegawainya, ASP Rajvinder Kaur.

Sumber : http://www.keadilandaily.com/?p=14493 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke