Masih Ada Penduduk Kawasan Datuk Seri Najib Tidak Dapat Bekalan Elektrik Aduan Rakyat Online , June 1st, 2011 Assalamualaikum & salam sejahtera.
Aduan ini entah ke berapa kali diajukan mengenai masalah tidak mendapat bekalan elektrik melalui bermacam-macam saluran termasuklah kepada E-Sistem Maklumbalas Kepada PM dan KKLW. Kawasan yang dimaksudkan ialah Kg. Permatang Jerik, Merchung yang terletak di Parlimen Pekan DUN Bebar Pahang. Kg. ini telah dibuka lebih daripada 20 tahun yang lalu iaitu sekitar tahun 1989. Hampir keseluruhan penduduk telah menikmati bekalan air dan elektrik tetapi masih terdapat sebilangan penduduk yang kemungkinan terlepas pandang oleh pihak berwajib. Bermacam-macam projek kerajaan telah dijalankan di kawasan ini tetapi meliputi kawasan berhampiran dengan jalan raya sahaja termasuklah projek BALB dari KKLW dan projek E-Kasih dari KPWKM. Projek-projek ini disalurkan melalui JKKK tetapi tidak disampaikan dan diagihkan secara telus. Di kampung saya ini, Kg. Permatang Jerik masih terdapat 6 buah rumah yang belum mendapat bekalan elektrik dan air. Kontraktor yang mendapat tender memasang paip dan tiang elektrik hanya masuk sehingga 1 KM sahaja sedangkan Kg. ini memanjang melebihi 2 KM. Tidak dapat dipastikan adakah masalah ini berpunca dari pihak kontraktor yang mahu untung lebih atau bajet kerajaan hanya untuk 1 KM sahaja. Kami semua amat berharap dapat merasai kemudahan seperti insan-insan lain juga. Harap pihak berwajib menyegerakan bantuan ini. Usah tunggu hingga musim pilihanraya saja baru nak menjenguk sampai ke dapur. Terima kasih. By: Wakil Penduduk Permatang Jerik http://www.aduanrakyat.com.my/masih-ada-penduduk-kawasan-datuk-seri-najib-tidak-dapat-bekalan-elektrik ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

