Umno jadikan SPNB lubuk duit - Anwar
2 Jun 2011 - Keadilan Daily
    
SELAYANG: Campur tangan politik Umno dalam pengurusan Syarikat Perumahan Negara 
Berhad (SPNB) menjadikannya pusat membuat keuntungan untuk parti itu, kata 
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, SPNB yang diwujudkan pada awalnya untuk menyediakan rumah mampu 
milik kian tidak relevan apabila peranannya umpama pemaju swasta lain.

“Campur tangan politik dalam pengurusan syarikat tersebut menjadikan SPNB 
sebagai pusat membuat keuntungan oleh pemimpin Umno. Kerajaan Umno BN mungkin 
baru tersedar dengan krisis perumahan. Namun malangnya, kekal gagal memahami 
intipati permasalahan ini. 
“Skim Rumah Pertama yang ditawarkan hanyalah memberi kelonggaran kepada orang 
muda meminjam tetapi gagal menangani masalah sebenar iaitu ketiadaan rumah pada 
harga berpatutan,” katanya dalam Wacana Ekonomi Visi Perumahan Rakyat di Lobi 
Menara Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

Anwar menegaskan kerajaan seharusnya berperanan aktif memberi imbangan kepada 
pasaran perumahan yang dikuasai pemaju.

“Kerana itu Pakatan Rakyat dengan jelas di dalam Buku Jingga mencadangkan 
Perbadanan Perumahan Negara yang bertanggungjawab membina dan mengawal selia 
penawaran rumah pada harga yang sesuai untuk rakyat,” katanya yang juga bekas 
menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut memberitahu, beberapa projek perumahan terbengkalai peninggalan 
Umno BN di Selangor berjaya diselesaikan Pakatan Rakyat termasuk isu perumahan 
di Bukit Botak bernilai RM79 juta dan Alam Perdana, RM120 juta.

“Penduduk di Bukit Botak turut diberikan pilihan membeli rumah yang dibina 
semula pada harga diskaun RM99,000 berbanding harga sebenar RM170,000.

“Ketelusan pentadbiran Kerajaan Selangor dengan pendekatan bersepadu semua 
pihak dari semasa ke semasa membolehkan lebih banyak projek terbengkalai akan 
diselamatkan,” katanya.

Bagi menangani masalah harga rumah terlalu tinggi katanya, kerajaan Selangor 
melancarkan Rumah Mampu Milik dengan lebih 2,000 unit akan dibina di pelbagai 
lokasi di negeri itu.

“Ianya Berteraskan konsep mampu dari segi kos dan keselesaan untuk didiami, 
reka bentuk kondusif dengan keluasan 750 kaki persegi hingga 850 kaki persegi 
akan ditawarkan dengan kos maksima hanya RM100,000.

“Perbadanan Kemajuan Ekonomi Selangor (PKNS) dan beberapa pemaju swasta 
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini dengan keutamaan dikhaskan 
kepada pembeli berumur 35 tahun dan ke bawah,” katanya.

Sumber  http://www.keadilandaily.com/?p=14524 

Layari Blog Perumahan Terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke