Kenapa umat Islam di Malaysia ini mudah terpedaya, termasuk golongan ulama? Skim cepat kaya Dina Group bukan sahaja telah memperdaya orang Islam di Malaysia, malahan 5000 rakyat Brunei ditipu hampir $100 juta. Melabur sajalah di surau, masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz dan jiran tetangga yang memerlukan di sekeliling kita.
DINA MENCURI LEBIH BND $91 JUTA DARI HAMPIR 5000 ORG BRUNEI. Cerita penuh di http://menuntuthak.blogspot.com Lihat gambar Pengasas Skim Cepat Kaya Dina , Harun Mat Saat di http://amkns.blogspot.com/2011/06/mufti-perak-pun-terpalit-dengan-skim.html MEREKA MINTA NASIHAT - MUFTI PERAK Harian Metro 1 Jun 2011 KUALA LUMPUR: “Saya dilantik sebagai penasihat syarikat Dina Group Sdn Bhd hanya secara lisan dan tiada dokumen berkaitan atau hitam putih sebagai perakuan,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, dia dilantik sebagai penasihat syarikat itu kira-kira empat tahun lalu selepas didatangi ahli lembaga syarikat berkenaan di pejabatnya. Menurutnya, penampilan dan kesungguhan ditunjukkan ahli lembaga pengarah syarikat itu menyebabkan beliau bersetuju dilantik sebagai penasihat. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011053102592720110531025927/Article/index_html ARTIS TERPALIT TARIK PELABUR KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group). Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Artisterpalittarikpelabur/Article/index_html BERALAS TIMBUNAN DUIT KUALA LUMPUR: “Saya bukan saja pernah membawa wang RM300,000 dalam beg plastik yang dibimbit menaiki kapal terbang untuk diagihkan kepada pelabur di Sarawak, malah tidur saya juga beralaskan duit RM50 dan RM100,” kata bekas pekerja Dina Group Sdn Bhd (Dina Group) yang hanya mahu dikenali sebagai Johan. Menurut Johan, 28, yang berasal dari Kedah, sepanjang berkhidmat bersama pengasas Dina Group, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, yang kini diburu Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengambil pelaburan haram lebih RM200 juta, dia tidak pernah melihat mereka memasukkan wang tunai yang diterima daripada pelabur ke dalam bank. http://www.hmetro.com.my/articles/Tidurberalastimbunanduit/Article 4,763 BRUNEIANS ALLEGEDLY SWINDLED OUT OF B$91.5M Bandar Seri Begawan - Several victims of an alleged money investment scam are seeking assistance from the relevant authorities in Brunei and Malaysia to find a way of getting their money back as well as thousands of others whose investments run into a whopping B$91.5 million. http://news.brunei.fm/2010/06/02/fraud-victims-seek-help/ ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

