KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan diesel  super subsidi  akan 
menyebabkan harga barang melambung dan kenaikan inflasi, kata Ahli Majlis 
Pimpinan KEADILAN  Pusat, Abdul Rahman Yusuf.

Beliau mengulas tindakan kerajaan menarik balik subsidi tersebut daripada 
kenderaan komersil seperti lori, kontena termasuk pengusaha bot nelayan laut 
dalam.

“Diesel merupakan nadi kepada sistem pengangkutan untuk lori komersil bagi 
membawa barangan dan produk kepada pengguna. Apabila harga diesel dinaikkan, ia 
akan beri kesan kepada semua jenis barangan, daripada sayur-sayuran hingga lah 
kepada barangan-barangan industri,”

“Apabila kerajaan memansuhkan subsidi diesel, ia akan menyebabkan harga barang 
pengguna naik berlipat kali ganda,” katanya ketika dihubungi keadilandaily.com.

Menurut Abdul Rahman, keputusan menarik balik  subsidi tersebut kepada nelayan 
laut dalam juga akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap hasil dan 
makanan laut.

“Saya turut difahamkan nelayan pesisir pantai di sesetengah tempat seperti di 
Terengganu juga tidak lagi menikmati subsidi diesel,” ujarnya.

Tambah beliau, keputusan kerajaan pada masa sama menaikkan tarif elektrik 
sebanyak 7.12 peratus akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga barang 
danmengheret negara ke arah inflasi.

“Sudah tentu pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan berlaku inflasi 
disebabkan kenaikan harga barang yang bertambah parah,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi yang 
dinikmati pemilik lori komersial sebanyak 32 sen kepada RM1.80 yangperlu 
dibayar berkuatkuasa 1 Jun.

Berikutan itu, pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa 
pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh 
kerajaan.

Sementara itu, Nelayan laut juga tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga 
super subsidi iaitu RM1.25 seliter dan perlu membeli minyak pada harga pasaran 
sebanyak RM1.80 seliter.

Kalangan persatuan pengguna menjangka kenaikan harga barang tidak dapat 
dielakkan berikutan pemansuhan suubsidi diesel terhadap kenderaan komersial.

Penguna Persatuan Persatuan Penguna Islam Malaysia menyatakan pengusaha lori 
telah lama menikmati subsidi tersebut dan langkah pemansuhan itu akan 
menambahkan kos yang ditanggung mereka.

Sementara itu, Gabungan persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meramalkan 
pendapatan isi sumah yang digunakan untuk makanan naik di antara lima hingga 10 
perats ekoran penghapusan subsidi tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menyatakan 
kebimbangan terhadap kenaikan harga makanan di Malaysia naik sebanyak 30 
peratus dalam masa suku pertama tahun ini.

Perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) 
menyatakan kesan kenaikan itu merupakan dua kali ganda harga purata makanan
dunia.

Kerajaan baru-baru ini menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, yang 
dilihat akan turut menyebabkan berlaku peningkatan mendadak harga barangan 
melibatkan semua industri yang menggunakan tenaga elektrik.

Ia merupakan usaha menarik subsidi yang diberi kepada rakyat ketika syarikat 
Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima subsidi RM19 bilion hingga RM22 bilion 
setahun.

http://www.keadilandaily.com/?p=14783  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke