KENYATAAN AQSA SYARIF – 8 Jun 2011

*
*

*AQSA SYARIF MENGUTUK PENCEROBOHAN KE ATAS MASJID AL AQSA
DAN SEBUAH MASJID DI AL-MUGHAYER DI RAMALLAH*

*
*

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Aqsa Syarif mengutuk dengan sekeras-kerasnya dua insiden yang membabitkan
kelompok yahudi zionis di baitul Maqdis dan di Tebing Barat.


Di baitul Maqdis, polis Israel telah membenarkan tidak kurang dari 60
penceroboh memasuki pagar Maghriba dan menceroboh perkarangan Masjid
al-Aqsa. Tindakan biadap ini dilindungi sepenuhnya oleh polis Israel yang
mengancam umat Islam yang berada di sekitar masjid supaya tidak melaungkan
bantahan kepada penceroboh-penceroboh tersebut. Bahkan mereka telah menahan
seorang rakyat Palestin yang sedang beribadat di masjid al-Aqsa. Perbuatan
biadap ini dilakukan bersempena dengan hari keagamaan Yahudi Shavoat.
Perbuatan ini dilakukan tepat pada ulangtahun Masjid al-Aqsa ditawan oleh
penceroboh Israel pada tahun 1967 di hari yang sama. Sudah pastinya tindakan
ini dirancang supaya bertepatan dengan kemenangan mereka merampas masjid
al-Aqsa dalam perang enam hari 44 tahun yangh lalu. Tidak syak lagi insiden
ini dirancang sebagai satu provokasi kepada rakyat Palestin dan umat Islam
amnya yang memperingati tragedi Naksah di mana ketika itulah masjid al-Aqsa
ditawan sehingga hari ini.


Kejadian yang kedua melibatkan sebuah masjid di perkampungan al-Mughayer di
Ramallah, Tebing Barat. Dalam insiden ini masjid tersebut telah diceroboh
masuk sebelum waktu subuh. Penduduk setempat menyedari kejadian ini apabila
mendapati kepulan asap yang terbit dari masjid.  Terdapat cubaan untuk
membakar masjid tetapi gagal. Penceroboh tersebut juga menconteng dinding
masjid dengan tulisan Hebrew. Kejadian ini didakwa berlaku sempena perayaan
agama Yahudi. Namun Israel mendakwa ia dilakukan oleh seorang pendatang
haram Yahudi yang tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa Israel
memindahkan penempatan haram Israel. Dalam cubaan kepura-puraan yang jelas,
pihak penjajah Israel telah mengecam serangan tersebut. Amat sukar bagi
dunia untuk tidak mengaitkan kejadian ini dengan pencerobohan yang berlaku
di Masjid al-Aqsa pada tarikh yang sama dan berlaku serentak pula dengan
ulangtahun penawanan masjid oleh zionis Israel. Semuanya adalah perbuatan
yang dirancang oleh rejim zionis dengan tujuan untuk terus melakukan
provokasi-provokasi terancang ke atas rakyat Palestin. Ini akan memberi
mereka ruang yang lebih luas untuk bertindak secara biadap kepada rakyat
Palestin yang sedang menggerakkan usaha-usaha penyatuan. Kebangkitan
penduduk Arab termasuklah pelarian Palestin di sempadan Negara haram Israel
seperti di Syria dan Lubnan juga amat meresahkan regim Zionis yang merasa
amat perlu untuk menguatkan pendudukan mereka di Tebing Barat dan Baitul
maqdis.


Sebenarnya sudah menjadi dasar Negara haram Israel untuk memadamkan
wajah-wajah Islam di bumi Palestin. Menurut Adnan Ibrahim Hassan as-Subah di
dalam laporan beliau *Role of Palestinian Civil Society in the Protection of
Holy Sites in Palestine, *terdapat 19 masjid yang telah ditukar menjadi
kandang ternakan, kelab malam, bangunan pejabat dan tempat berkumpul dan
berpesta, 13 telah diubah menjadi synagogue, 50 buah termasuk maqam para
sahabat (termasuk Abu Hurayra RA) dan orang soleh ditukar menjadi
tempat-tempat suci Yahudi atau terbiar. Bahkan 5 tanah perkuburan dijadikan
tempat parker kereta, taman permainan dan tempat pelupusan sampah. Di antara
masjid-masjid yang dimusnahkan ada yang berusia lebih dari 1000 tahun
seperti masjid Asqalan, Yabna dan Ashdod. Pada tahun 1950 dari 160 buah
masjid di wilayah Palestin yang ditawan Israel pada tahun 1948, kurang dari
40 buah sahaja yang masih berdiri.


Aqsa Syarif amat prihatin dengan apa yang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa
dan semua tempat-tempat ibadat samada masjid atau gereja yang dimusnahkan
oleh regim biadap tidak beragama zionis Yahudi. Aqsa Syarif mengajak akan
terus mengajak rakyat Malaysia dan umat Islam supaya terus membantu rakyat
Palestin mempertahankan hak mereka dan tempat-tempat ibadat dari diceroboh
oleh syaitan zionis yang bertopeng manusia.



Dr Hafidzi Mohd Noor

Pengerusi

Aqsa Syarif Bhd

8 Jun 2011

Kirim email ke