Risalah Mursyid: Satu Hari daripada Hari-hari Allah 
Author: Fikrah dan Dakwah | Posted at: 11:55 PM | Filed Under: Risalah Mursyid  
      


Perutusan dari Prof. Dr. Mohammed Badi’ - Mursyid Am Ikhwan Muslimin 

26 Mei 2011

Hari yang penting  lagi bersejarah  tersebut adalah sebahagian daripada 
hari-hari Allah ..  Hari Pembukaan ibu pejabat Ikhwan Muslimin yang baru di 
Jabal Mokattam  di Kaherah, pada hari Sabtu 18 Jamadil Akhir 1432H, bersamaan 
dengan  25/05/2011, setelah beberapa bulan berlaku revolusi rakyat yang   
diberkati, yang membebaskan Mesir dari rejim yang menindas, zalim,  mundur dan 
korup, yang memerintah negara lebih daripada tiga puluh  tahun. Malah pada 
hakikatnya, lebih enam puluh tahun sejak revolusi  Julai 1952, kemudian berlaku 
penyelewengan revolusi  pada tahun 1954.

Upacara penuh berkat  itu dihadiri oleh ribuan lelaki, perempuan dan pemuda 
Ikhwan Muslimin  dari seluruh negara Mesir - walaupun dihadkan kehadiran kerana 
ruang  yang terbatas - bahkan dihadiri oleh delegasi dari seluruh dunia ...  
Sudan, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Turki, Afghanistan, Malaysia,  Austria, 
Australia ... dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat  yang terdiri dari 
warga yang besar dan hebat, dan juga dihadiri oleh  agensi berita, saluran 
satelit antarabangsa dan tempatan untuk  merakamkan peristiwa besar ini, supaya 
dapat diikuti oleh berjuta-juta  manusia di seluruh dunia.

Hari tersebut adalah  hari-hari Allah SWT .. menunjukkan dengan jelas lagi 
terang kuasa  Allah, yang menyerupai mukjizat, seperti firman Allah 
(bermaksud): 


“…dan ingatkanlah  mereka kepada hari-hari Allah. Sesungguhnya pada yang 
demikian itu  terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi setiap orang penyabar 
dan  banyak bersyukur”. ( Ibrahim: 5)

Tiada manusia yang  akan merasai kebesaran ayat-ayat ini melainkan mereka yang 
menanggung  kesabaran selama berbulan dan bertahun , dan kemudian merasa 
kemanisan  syukur setelah dikurniakan nikmat, iaitu sebagai balasan dan 
kurniaan  
dari Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Saya telah melihat  dataran tinggi Mokattam sebagai titik permulaan usaha untuk 
membangunkan  umat, membangkitkan pemuda dan menghidupkan kembali keyakinannya, 
yang  dipimpin oleh Imam al-Banna, yang telah menganjurkan katibah, mukhayyam  
(perkhemahan) dan mu’askar (kem ala tentera) untuk generasi baru yang  terdiri 
dari anak muda yang bersih hatinya, kuat ibadahnya dan berjiwa  mujahid. Imam 
Al-Banna berjaga malam bersama mereka sepanjang malam,  membacakan kepada 
mereka 
ayat-ayat al-Quran, dan menghubungkan hati  mereka kepada Allah swt, dan 
membuka 
ufuk fikiran mereka pada kebesaran  alam semesta dan keagungan pencipta-Nya, 
dan 
mengingatkan mereka akan  tugas mereka terhadap agama mereka dan bangsa mereka, 
dan mempersiapkan  mereka untuk jihad yang perit untuk menentang penjajah, dan 
berhadapan  dengan Yahudi perampas.

Kemudian tibalah  saat ujian dan kesulitan – yang merupakan sunnah Allah untuk 
penyaringan  dan ujian - yang tak dapat dielakkan  bagi dakwah yang benar, dan  
datang hari-hari kesabaran yang penuh kepahitan, dan Jabal Mokattam  
menyaksikan 
pengkebumiaan mayat para syuhada yang suci kerana penyiksaan  pada tahun-tahun 
kekerasan, dan dicatat oleh Syeikh Qaradhawi dalam  bait-bait puisinya yang 
terkenal:

“Tanyalah kepada Bukit Mokattam, dialah sebaik-baik saksi, berapa ramai yang 
gugur syahid dan dikebumikan di perbukitannya
Berapa ramai pemuda yg telah mereka sembelih sewenang-wenangnya persis anak2  
lembu (yg dagingnya manis2).
Apabila  mereka terkorban tubuhnya dikebumikan di bukit Mokattam sedangkan ia 
tidak menerimanya
Mereka menyembunyikan dari mata makhluk, mereka tak tahu sedangkan Allah 
mengelilingi mereka dengan saksi-saksi mereka
Dan  malam yang menyaksikan, bintang-bintang dan planet melihat mereka  
dikebumikan, dan cukuplah bagi mereka sebagai syuhada di hari kiamat”

Berlalu selama  bertahun-tahun, orang-orang yang ditarbiyah untuk taat kepada 
Allah dan  mengikuti contoh Rasulullah saw tidak berhenti dari menyampaikan 
dakwah,  menyebarkan agama, dan menyuburkan akhlak-akhlak mulia, biarpun  
pemerintah yang zalim, dan penguasa yang korup mendatangkan kesulitan,  
ketidakadilan, penganiayaan dan pemulauan, membuang negeri, merampas hak  
asasi, 
mengkhianati rakyat mereka, bersekutu dengan musuh,  mengagih-agihkan hasil 
mahsul rakyat, mereka menjadi raja kepada rakyat,  dan diwariskan turun temurun 
dari generasi ke generasi, dan mereka  mengira bahawa seluruh isi bumi telah 
tunduk kepada mereka, dan mereka  telah mencapai tingkat keangkuhan dan 
kesombongan kerana telah bersumpah  untuk menjadikan tahun 2011 ini sebagai 
tahun penghancuran dan  pembenterasan semua pembangkang, terutama yang dipimpin 
oleh Ikhwan  Muslimin.

Namun sebaliknya  dengan kehendak Allah yang mengatasi segala sesuatu 
menjadikan 
tahun ini  sebagai tahun kemenangan kepada golongan yang tertindas dan tahun  
kehancuran penguasa yang zalim. Firman Allah swt (bermaksud): 


“Dan kami hendak  memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi 
(Mesir) itu  dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka 
orang-orang  yang mewarisi (bumi), Dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di 
muka  bumi dan akan kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta  
tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu “.  (Al-Qashash: 
5-6)

Nikmat Allah dapat dirasai dalam waktu singkat sehingga tercapai apa yang kita 
harapkan selama bertahun-tahun:

1 - Penggulingan  pemimpin-pemimpin rejim korup secara keseluruhan, sama ada 
mereka yang  ingin membaharui, yang sudah tak sabar untuk mewariskan, dan yang  
terlibat dalam semua kerja-kerja terkutuk termasuk perompakan,  perampasan, 
penderaan dan penindasan.

2 - Pembubaran Dewan  Parlimen yang penuh penipuan (Dewan Rakyat dan Dewan 
Syura), yang telah  meminggirkan Ikhwan Muslimin sebagai wakil rakyat yang 
sebenar dan  pembangkang, dalam satu penipuan yang dilakukan yang telah menjadi 
 
skandal di dunia.

3 – Pembubaran Parti  Kebangsaan yang korup, dan menutup – bahkan membakar - 
semua pejabat  pentadbirannya yang sudah lama menjadi sarang korupsi dan 
rasuah, 
dan  tempat berlindung dan berseronok bagi semua pengkhianat amanah rakyat  dan 
para perompak kekayaan rakyat.

4 - Pembubaran  pasukan keselamatan negara, yang sudah sekian lama melakukan  
ketidakadilan, kezaliman, penindasan, pembunuhan, penyiksaan,  penghancuran 
negara, penganiayaan terhadap rakyat yang tidak bersalah  dan penyekatan 
terhadap kebolehan rakyat .

5 - Pembebasan dan  pelepasan para tahanan yang tidak bersalah yang telah 
disumbatkan ke  dalam penjara melalui ketidakadilan mahkamah yang hanya menurut 
arahan  dari rejim pemerintah yang korup, setelah bertahun-tahun menanggung  
penderitaan, penindasan, kesakitan dan pengusiran.

Di antara nikmat  yang wajib sentiasa disyukuri, iaitu semua ini selesai dalam 
masa  beberapa hari sahaja, dan revolusi aman yang dibangunkan di atas  
ketinggian keluhuran dan ketamadunan, disertai oleh segenap lapisan  warga 
Mesir, lelaki dan perempuan, muda dan tua, Kristian Koptik dan  Muslim, dan 
Angkatan Bersenjata yang turut menyebelahi rakyat. Tidak ada  darah yang tumpah 
melainkan darah para syuhada’ yang dibunuh oleh  talibarut rejim korup dan 
penolong-penolong nya seperti “Baltojah”  (polis preman) dan perompak.

Kini, kita sedang  menyaksikan pembebasan Rakyat seluruhnya,  sebuah kebebasan 
setelah  terlepas dari belitannya, dan penyertaan dari semua kekuatan dalam  
program-program pembinaan dan pembangunan ... Kini, kita membuka  
pejabat-pejabat yang baru, di setiap inci negara yang suci ini, untuk  menjadi 
tempat memenuhi keinginan dan perlindungan untuk semua lapisan  masyarakat; 
untuk bermesyuarat, nasihat-menasihati, bekerja dan  berusaha.

Di antara bukti  syukur atas nikmat-nikmat ini, iaitu memelihara kesatuan soff, 
kesatuan  usaha, kajian masalah, dan menggariskan rancangan, kebijaksanaan  
penyelesaian, segera bekerja, dan menggalakkan semua orang untuk  terlibat, 
selepas Mesir kembali kepada rakyatnya, dan mengembalikan hak  untuk pemiliknya 
yang sebenar.

Di antara nikmat  Allah kepada kita, iaitu Mesir kembali kepada kedudukannya di 
dunia  Arab, Islam dan Afrika, malah seluruh dunia turut menyaksikan sendiri  
revolusi terbesar dalam sejarah moden, dan menyaksikan warganya dengan  penuh 
ketinggian dan ketamadunan, bahkan mengambil inspirasi dari  pemuda-pemuda ini 
sebagai teladan dan contoh yang diingini untuk  pemudanya.

Di antara nikmat  Allah kepada kita, iaitu kita menyaksikan ibu pejabat Ikhwan 
Muslimin  yang baru di Mokattam yang menjadi tempat persidangan dari semua puak 
 
Palestin, dan sempurna kesepakatan di antara mereka hanya dalam masa  empat 
hari 
sahaja, selepas kesepakatan ini sukar berlaku selama empat  tahun di bawah 
rejim 
sebelumnya, yang telah ditentukan gagal dalam  segala hal, yang membuktikan 
bahawa ia bertindak mengikut kemahuan musuh  kita, sehingga Pedana Menteri 
rejim 
Zionis pernah berkata tentangnya:  “Ianya (Mubarak) adalah harta strategik 
kepada Israel”.

Di antara tanda  syukur di atas nikmat-nikmat ini, ialah memelihara dan 
mempertahankan  sumber pendapatan rakyat, dan mengawasinya daripada saki baki 
rejim,  konspirasi dan racunnya, dan kita hendaklah sentiasa berjaga-jaga pada  
tahap tertinggi untuk memulakan kembali revolusi jika kita mendapati  wujud 
ancaman kepada rakyat, biarpun membebankan kita dengan usaha keras  dan 
pengorbanan.

Inilah ibu pejabat  baru bagi Jamaah Ikhwan Muslimin yang mengajak kepada 
kebenaran,  kekuatan dan kebebasan, yang membuka pintu seluasnya untuk semua 
lapisan  masyarakat yang mulia, menyebarkan cahaya, menaburkan kebaikan dan  
membawa fajar baru dan saling bekerjasama dengan semua orang untuk  
kebangkitan, 
kemajuan dan ketamadunan umat. Firman Allah swt  (bermaksud): 


“..Dalam beberapa  tahun lagi. bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah 
(mereka 
menang).  dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang  
yang beriman,5.  Karena pertolongan Allah. dia menolong siapa yang  
dikehendakiNya. dan dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (sebagai) janji  yang 
Sebenarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjinya, tetapi  kebanyakan 
manusia tidak Mengetahui”. (Ar-Rum: 4-6)

http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=85033

Kirim email ke