ISTANBUL, 10 Jun 2011 : Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam 
Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 
pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari 
pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya 
umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah 
Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar 
(Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul 
Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail 
(setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan 
disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan 
Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3735-pas-hantar-pemerhati-pilihan-raya-ke-turki
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke