Nampaknya sihir dan seumpamanya semakin berleluasa di Malaysia. Malahan cerita 
tv dan filem pun banyak cerita sihir, cerita hantu. Begitu sedikit cerita dan 
filem untuk menginsafkan manusia agar kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya. 
Untuk berlindung dari semua angkara jahat ini mohonlah pertolongan Allah dengan 
cara yang betul.

Kisah hantu pochong yang semakin banyak sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/06/bila-masjid-mati-hantu-pochong-makin.html 

Doktor hilang di Kedah, jumpa di Pahang
Utusan Malaysia 15 Jun 2011 

KUBANG PASU 14 Jun - Seorang doktor pelatih Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 
Alor Setar dekat sini, yang hilang selama 26 hari, ditemui dalam keadaan 
selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu.

Dr. Mohd. Noor Azam Mohd. Nazri, 26, dari Taman Bunga Raya, Jitra di sini 
ditemui oleh ketua pengawal keselamatan pusat beli-belah tersebut selepas 
dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang.

Doktor pelatih berkenaan sebelum itu ditahan oleh pengawal keselamatan kerana 
tidak mempunyai wang untuk membayar bil sushi sebanyak RM70 di sebuah restoran 
di pusat beli-belah itu kira-kira pukul 5 petang.

Sewaktu ditemui, Mohd. Noor Azam memakai kemeja-T putih dan berseluar sukan 
sambil membawa sebuah beg galas mengandungi pakaian yang dipakainya pada hari 
dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, telefon bimbit dan beg kerja berwarna hitam yang mengandungi 
beberapa dokumen penting tidak ditemui bersamanya.

Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan diberi makan 
sebelum dijemput pulang oleh ibu bapanya bersama lebih 30 saudara mara 
kira-kira pukul 4 pagi keesokannya.

Ketika ditemui pemberita di rumah keluarganya di taman berkenaan hari ini, 
Mohd. Noor Azam memberitahu, dia tidak menyedari apa yang berlaku pada dirinya 
sepanjang dilaporkan hilang sehingga membawanya ke negeri-negeri di Pantai 
Timur.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu telah hilang sejak 26 hari lalu kerana 
berasa seperti baru empat hari hilang.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, dia seperti tidur dan tidak mengetahui 
bagaimana boleh sampai ke Kelantan, Terengganu dan kemudiannya Kuantan, Pahang.

"Saya tidak tahu apa yang saya makan, di mana saya tidur dan bagaimana solat 
saya cukup atau tidak sepanjang tempoh 26 hari itu sehingga ditahan di pusat 
beli-belah berkenaan.

''Apabila saya melihat gambar bakal tunang di dalam dompet, baru saya tersedar 
dan terus bertanya kepada ketua pengawal keselamatan berkenaan tentang tarikh 
dan tempat saya berada ketika itu," katanya.

Menurut Mohd. Noor Azam, dia sedih apabila menyedari hari yang dia ditemui 
semula itu adalah tarikh yang ditetapkan untuk melangsungkan majlis pertunangan 
dengan rakannya yang juga doktor pelatih di HSB.

Katanya, dia tidak sedarkan diri selepas mendengar suara gadis yang memberi 
arahan supaya mengikutnya ketika berjalan memasuki bangunan HSB kira-kira pukul 
6.30 pagi 16 Mei lalu.

Dakwanya, suara tersebut juga memaklumkan dia hanya akan 'dilepaskan' pada hari 
pertunangannya iaitu 11 Jun lalu.

''Selepas ini saya akan meneruskan perubatan Islam bagi melindungi daripada 
gangguan-gangguan seperti ini,'' katanya.

Sementara itu, ibu Mohd. Noor Azam, Natrah Shaari, 52, tidak putus-putus 
melahirkan rasa syukur kerana penantian dan doanya akhirnya dimakbulkan apabila 
anaknya itu ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Katanya, dia sekeluarga tidak mahu menuduh sesiapa atas kejadian yang berlaku 
sebaliknya menganggap peristiwa tersebut sebagai dugaan dan ketentuan Allah.

''Buat masa ini, Mohd. Noor Azam akan berehat dan menjalani rawatan alternatif 
sebelum menyambung semula latihan perubatan di HSB manakala majlis pertunangan 
terpaksa ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak," katanya.

Graduan dari Moscow Medical Academy itu dilaporkan pernah hilang dua kali iaitu 
pada 3 Mei dan 12 Mei lalu selepas keluar bertugas di HSB bagaimanapun pulang 
ke rumah beberapa hari kemudian.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm
 
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke