Pendidikan Seks telah mula diajar di semua kem PLKN. Kini Pendidikan Seks akan 
mula diajar disemua sekolah di Malaysia bermula November 2011 nanti. Adakah 
objektif pendidikan seks untuk mencegah zina atau untuk mencegah kehamilan 
ketika berzina?

Apakah apabila orang Melayu mula faham pendidikan seks, mereka akan lebih faham 
cara berzina yang selamat tanpa perlu hamil dan buang bayi?

Objektif pendidikan seks di negara barat adalah untuk mengelakkan kehamilan 
apabila berzina di kalangan remaja seperti dilamporkan pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html 


PENDIDIKAN SEKS MULA DIAJAR DI SEKOLAH NOVEMBER INI
Utusan Malaysia 17 Jun 2011 

RAUB 16 Jun – Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) 
untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula 
November ini.


Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN), 

Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut 
dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 
yang kini didedahkan dengan PKRS.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang 
berbeza berdasarkan tahap usia mereka.

"Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN 
seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang 
mula dipelajari sejak dua hari lalu.

"Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah 
dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,'' katanya kepada pemberita selepas 
mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul 
Hadi Awang Kechil.

Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas 
selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada 
yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan 
reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat 
maklumat dengan kaedah yang betul.

"Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya 
tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan 
dalam kehidupan masa kini,'' katanya. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_38.htm
 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke