Baru-baru ni saya menghadiri satu majlis kenduri kesyukuran. Tukang masaknya seorang pakcik yang peramah. Banyak tip-tip masakan yang diberikan oleh pakcik tadi, ternyata pakcik tadi tak lokek ilmu. Pakcik tadi tanya saya pernah tak masak bubur tak kacau. Pelik juga , masak bubur mestilah kacau.
Pakcik tadi kata , kalau masak bubur jangan kacau, untuk mengelakkan berkerak. Tak kiralah nak masak bubur kacang atau bubur nasi, tak perlu kacau. Caranya masuk saja kacang atau beras dalam periuk, letak air secukupnya dan rebus pada api sederhana. Biarkan jangan dikacau langsung sehinggalah mula mendidih , kemudian baru boleh kacau, letak santan dan sebagainya. Kalau dari mula masak dikacau bubur tadi, maka mesti kacau sampai mendidih, jika tidak berkerak. Jika tidak, jangan kacau langsung hingga mendidih. Jadi baru-baru ni saya suruhlah isteri masak bubur nasi, jangan kacau. Alhamdulillah memang jadi. Hanya dikacau apabila sudah mula mendidih. Kata pakcik tadi rahsianya ialah apabila beras atau kacang tadi dibiar masak tanpa kacau, akan ada lapisan air antara beras dan kacang dengan dasar periuk. Apabila di kacau sahaja maka, lapisan air ini akan hilang dan beras dan kacang akan terkena dasar periuk. Satu tip yang amat berguna, sambil masak bubur boleh buat kerja lain tanpa perlu berdiri di dapur untuk sentiasa mengacau. Macam ni , para suami pun boleh tolong masak bubur. Selamat Mencuba Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

