Kita selalu dimomokkkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah 
dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam 
dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan hebat dalam sains dan teknologi 
mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak 
lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman 
ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai 
rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, 
Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum 
menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang 
dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.

2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali 
dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi 
tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok 
pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi 
menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus 
di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice .

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat 
terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan 
secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di 
Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian 
jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya 
secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci 
ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah 
universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam 
mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti 
al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani 
mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama 
tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita 
muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 
‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of 
Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar 
adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional 
dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga 
yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh 
menjadi kekuatan.

6. Optik

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar 
Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat 
objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid 
dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat 
Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan 
bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik

Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang 
hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang 
biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama 
kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi 
dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat 
gigi moden.

9. Takal / Crank

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, 
termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar 
dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif 
lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, 
kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Sebarkan artikel ini untuk menunjukkan kehebatan Islam, semoga ada dari anak 
cucu kita berjaya mencipta sesuatu yang baru dan tidak terlalu tunduk dengan 
momokan orang Barat.


p.s: Jika anda sedang merancang untuk membangun Sistem baru, atau menaik-taraf 
Sistem sedia ada, berikan saya peluang untuk tolong anda.

Servis yang saya sediakan...

1. Menambah-baik Sistem lama
2. Membaik-pulih Sistem sedia ada
3. Membangun Sistem baru
4. Membantu projek pelajar

Lihat profail saya: http://www.21stcenturymuslim.com/RaffiqEddyFreelancer.pdf
www.facebook.com/reffsp



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke