Baru-baru ni peti ais rumah saya yang berusia lebih 10 tahun, meragam, dah tak 
sejuk, banyak makanan yang busuk. Kopak lagi lah duit nampaknya, dah lah bulan 
ni nak perbaharui takaful dan cukai jalan kereta, bil elektrik pula makin 
tinggi, bil IWK baru dapat dan macam-macam hal.

Kalau baiki  peti ais bayar mahal, rosak lagi nanti. Nak beli baru, duit lagi. 
Dah nak pergi tanya kedai beli baru, emak kata cuba tanya kalau ada orang boleh 
baiki.

Talipon tempat beli peti ais di jalan Rahang, Seremban, Mr Jimmy. Tanya ada 
orang tak boleh baiki , warranty dah 10 tahun mana ada lagi. Lalu Jimmy beri no 
telefon kawan dia Ah Loong (bukan Along).

Saya pun talipon Ah Loong. Mula-mula Ah Loong tanya apa model, saya kata 
Panasonic NBT dan nombor modelnya. Ah Loong kata , itu model dah 10 tahun, 
betul kata saya, macam ahli nujum pula Ah Loong ni. Kemudian Ah Loong tanya 
lagi , ada bunyi tak peti ais, saya kata ada. Ah Loong tanya lagi badan peti 
ais ada panas, tak, saya kata tak berapa panas.

Macam doktor atas talian pula Ah Loong ni. Ah Loong tanya lagi, dulang (tray) 
kat bawah ada air tak, saya kata kering. Kemudian Ah Loong kata kemungkinan 
peti ais boleh baiki lagi.  Talipon saja si Ah Loong ni boleh troubeshoot apa 
masalah.

Lalu saya kata bila boleh datang, memandangkan dah malam, Ah Loong kata esok. 
Ingatkan Ah Loong datang dengan pembantunya bawa lorilah nak angkut peti ais. 
Tengok Ah Loong datang bawa van dan anak dia yang baru Tingkatan 2. 

Terus Ah Loong tengok peti ais, dan siap beri ceramah kuliah percuma lagi 
mengenai peti ais. Dia pegang kompressor dengan tangan, katanya kompressor elok 
lagi. Paip tak ada bocor. Kompressor dan paip kalau rosak mahal RM600, baik 
beli baru. 

Dia tengok spesifikasi peti ais Arus cuma 0.6 Amp, dia ukur pakai clampmeter 
dapat 0.58 Amp. Dia kata peti ais jenis ni memang jimat elektrik. Sekarang 
punya peti ais katanya ada yang lebih 1 Amp. Amp peti ais bergantung berapa 
banyak lilitan tembaga pada motor. Lagi banyak gelung tembaga lagi kurang Amp 
tapi lagi mahal pula harga motor.

Kemudian dia terus check switch defrost, dia kata switch defrost yang 
bermasalah. Lalu dia tukar switch defrost tersebut. Ah Loong kata kena tunggu 
2-3 jam baru peti ais tadi akan berjalan seperti biasa.

Senang betul Ah Loong buat kerja, bukan dia saja senang, kita pun senang, tak 
payah tunggu berhari-hari nak baiki peti ais.

Ah Loong ni tak perlu kedai nak baiki peti ais. Dia hanya pergi rumah ke rumah. 
Saya tanya Ah Loong, sehari berapa rumah dapat pergi, dia kata dalam 5 rumah.

Senang betul tengok Ah Loong cari makan.

Apa-apa pun dengar pandangan semua orang dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi 
ibu kita.

Alhamdulillah, jimat sikit duit.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke