17 TAHUN HIDUP DALAM GELAP. Sinar Harian 21 Jun 2011, Ulu Jelebu, N.Sembilan - Sepasang suami isteri bersama 10 anak mereka terpaksa bergelap selama 17 tahun berikutan tidak mendapat bekalan elektrik sejak mula menetap di pendalaman Kampung Ulu Jelebu, dekat sini.
Lebih malang lagi, pasangan terbabit terpaksa menanggung sejumlah kos bagi membeli karbaid, minyak tanah, lilin serta ubat nyamuk setiap bulan bagi menerangi rumah di malam hari selain mengelak serangan nyamuk. Norhayati Johari, 40, berkata, dia dan suaminya, Radzuan Halim, 49, membelanjakan RM20 sebulan untuk membeli karbaid, RM32 beli minyak tanah dan kira-kira RM30 dihabiskan membeli lilin serta ubat nyamuk. Menurutnya, ubat nyamuk terpaksa dipasang sepanjang hari dan sekali pasang ia memerlukan tiga lingkaran ubat nyamuk bagi mengelakkan diserang nyamuk. “Saya dan suami sudah puas mengadu masalah ini kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, namun sehingga kini masih tidak tahu apakah tindakan yang diambil,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada sesi lawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Jelebu, Nor Anif Selamat. (Kisah sebelum ini , DAH 50 TAHUN MERDEKA, ORANG JELEBU GUNA PAM TANGAN UNTUK BEKALAN AIR di http://orangklawang.blogspot.com/2011/04/tok-rais-tak-pandang-pun-jelebu.html ) Norhayati yang mempunyai anak berusia antara 22 tahun hingga 3 tahun berkata, sebelum ini, dia pernah dijanjikan sebuah generator bagi membekalkan tenaga elektrik ke rumahnya, namun sehingga kini masih tiada. Dia berkata, meskipun banyak pihak menghulurkan bantuan kepadanya, dia masih belum menerima bantuan perabot dan hiasan rumah seperti yang dijanjikan oleh sebuah stesen radio. “Sebelum ini, mereka pernah berjanji untuk menghias rumah, mengecat dan memberikan perabot untuk kegunaan bilik tidur. Perkara itu dinyatakan sendiri kepada saya dan anak-anak. Apa yang saya sedih, anak-anak saya sudah berharap, namun sehingga kini sudah dua tahun, janji tinggal janji. “Saya tidak kisah kalau mereka tidak mahu menghulurkan bantuan seumpama itu, tetapi janganlah berjanji dengan anak-anak saya. Saya kasihan kepada mereka kerana saban hari bertanyakan perkara itu,” katanya. Menurutnya, selain masalah bekalan elektrik, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami sejak 15 tahun itu turut usang dan mengalami banyak kerosakan. “Dinding rumah sudah dimakan anai-anak manakala cermin tingkap tertanggal selain struktur binaannya uzur,” katanya. Norhayati yang bekerja menjual kuih di Titi terpaksa menanggung keluarga bersendirian setelah suaminya disahkan menghidap kencing manis sejak tiga tahun lalu dan kini hanya menghabiskan masa di rumah. Norhayati berkata, suaminya tidak boleh bekerja kerana sering kali pitam. Sebelum ini, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah dekat pekan Kuala Klawang. Dia berkata, pendapatannya sehari menjual kuih tidak menentu dan itu menyukarkannya membesarkan anaknya. “Setiap seorang anak saya memerlukan kos sara hidup sebanyak RM200 sebulan termasuk menyediakan makan dan keperluan sekolah mereka,” katanya. Dalam pada itu, Norhayati turut memohon agar jalan menuju ke rumahnya diturap bagi mengelakkan jalan tanah merah itu berlecak apabila musim hujan. Aduan mengenai perkara itu turut dibuat, namun masih tiada tindakan. “Setiap kali dia dan suaminya membuat aduan, acap kali menerima jawapan yang sama iaitu hanya keluarganya sahaja menetap di kawasan berkenaan sekali gus tidak membolehkan kami menerima bekalan elektrik. “Saya difahamkan kalau mahu memasang lampu jalan atau bekalan elektrik di rumah, kawasan berkenaan perlu mempunyai bilangan rumah yang banyak,” katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9212217.asp ------------------------------------ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian. Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected] Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

