MAKSIAT UNDANG BALA
Oleh Dr. Burhanuddin Abdul Jalal

Utusan Malaysia 22 Jun 2011 

SEJARAH membuktikan umat terdahulu dibinasakan Allah SWT akibat maksiat yang 
dilakukan. Iblis diusir oleh Allah daripada syurga kerana maksiat yang 
dilakukan. Begitu juga kisah umat Nabi Nuh yang tenggelam dilanda banjir juga 
kerana maksiat. 

Firman Allah yang bermaksud: Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan 
menurunkan hujan yang mencurah-curah dan Kami jadikan bumi memancarkan mata 
air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk 
(melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. (al-Qamar: 11 dan 12)

Allah menenggelamkan Firaun dan tentera-tenteranya juga kerana maksiat dan 
dosa-dosa yang dilakukan (rujuk ayat 40 surah al-Qasas).

Begitu juga yang berlaku terhadap kaum Lut yang mengingkari hukum dan ketetapan 
Allah. Orang lelaki dari kaum Lut mengamalkan seks songsang sesama lelaki iaitu 
liwat atau homoseksual. Perbuatan ini amat dilaknat oleh Allah. 

Allah menghantar malaikat Jibrail kepada kaum Lut dan malaikat Jibrail 
menggunakan hujung sayapnya mengangkat perkampungan mereka dan menghempaskan 
kembali ke bumi (rujuk ayat 74 surah al-Hijr). 

Selain itu, Allah juga telah melenyapkan Kaum Ad dan kota mereka yang hebat itu 
(rujuk ayat sembilan surah al-Ahzaab).

Selanjutnya adakah kita tidak mengambil iktibar terhadap musibah akibat maksiat 
yang dilakukan oleh kaum Bani Israel. Allah memberikan gambaran tentang hukuman 
yang dikenakan terhadap Bani Israel.

Allah berfirman yang bermaksud: Maka apabila sampai masa janji (membalas 
kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan 
kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu 
mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan 
(Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (al-Israk: 5).

Berdasarkan kisah-kisah umat yang telah dihukum oleh Allah, tentu sekali kita 
dapat menganalisis atau muhasabah diri tentang dosa-dosa atau maksiat yang 
telah dilakukan sama semalam, kelmarin atau dosa-dosa 100 tahun yang lalu.

Semuanya menjadi sebab musabab malapetaka yang perlu kita hadapi selagi kita 
keseluruhannya tidak memohon taubat kepada Allah. 

Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bila terjadi maksiat di 
kalangan umatku, maka Allah akan memberikan azabnya untuk semua (riwayat 
Ahmad)."

Oleh yang demikian, sewajarnya kita merenung pengertian yang tersurat dan yang 
tersirat daripada hadis tersebut. Ini kerana secara realitinya memang berlaku 
terhadap umat yang terdahulu, kerana akibat dosa yang telah mereka lakukan 
mengakibatkan umat telah binasa dan dihukum oleh Allah. 

Dalam satu kisah peperangan, setelah tentera Muslim menewaskan pasukan musuh 
dan menawan Qubrus dengan mengalahkan tentera Rumawi, keseluruhan tentera Islam 
bergembira merayakan kemenangan. Tetapi Abu Dardak seorang sahabat besar 
menangis. 

Apabila ditanya mengapa beliau dalam kesedihan, Abu Dardak menjawab: "Aku 
menangisi umat yang telah melakukan kemaksiatan dan Allah telah meminggirkan 
mereka."

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
 

PANTAI MAKSIAT
Harian Metro 20 Jun 2011

PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja 
dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran 
Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa 
pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan 
hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu 
pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, 
namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan 
melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa 
pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di 
dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar 
kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ 
antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan 
keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang 
dipertontonkan kepada kanak-kanak.

“Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut 
berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika 
duduk bersama pasangan.

“Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah 
dan kelakuan sumbang pasangan terbabit,” katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak 
kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, 
sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam 
kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan 
kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah 
berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan 
berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang 
rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/ 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke