Di Negeri Sembilan bukan ahli PAS dan PKR saja yang marah pada akbhar Utusan, 
orang Umno pun marah pada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Umno pula tu. 

Madrasah tidak sebar ajaran sesat 
Sinar Harian 22 Jun 2011 

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, di sini turut menafikan wujud ajaran 
sesat membabitkan Maahad Ittiba Us Sunnah di situ yang didakwa merekrut pelajar 
serta menyebarkan ideologi Jemaah Islamiah (JI). 

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Parit, 
Syukri Mohd Sharif berkata, madrasah itu sememangnya terkenal di kalangan 
penduduk kampung mengajar ilmu agama berasas al-Quran dan Sunnah Nabi. 

“Rata-ratanya penduduk di sini belajar mengaji di madrasah ini. 

“Setakat ini tiada sebarang aduan yang diterima tentang ajaran sesat, mahupun 
ideologi JI disebarkan melalui pembelajaran di madrasah ini,” katanya pada 
sidang media di Maahad Ittiba Us Sunnah, Kampung Parit, di sini, petang 
kelmarin. 

Syukri berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk belajar di madrasah 
tersebut, meskipun pelbagai dakwaan buruk dilemparkan. 

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohammed Kamel Mohd 
Yusof berkata, laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu sebelum ini 
tidak benar dan ternyata amat mendukacitakan pihaknya. 

Mohamed Kamel yang juga waris pengasas Maahad Ittiba Us Sunnah mahu akhbar 
berkenaan memberikan penjelasan serta motif laporan mengatakan madrasah itu 
menyebar ideologi JI.  
     
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9214401.asp 

MAAHAD, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT
Utusan Malaysia 20 Jun 2011

SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang 
merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), 
gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 
tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai 
menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat 
beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan 
solat Maghrib secara berjemaah. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
 




------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke