Apa objektif  Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebenarnya, memulihkan 
Projek Perumahan Terbengkalai atau membuat Projek Perumahan Hantu? Begitu 
banyak Projek Perumahan yang Terbengkalai 1Malaysia, dibuatnya Projek Perumahan 
yang tak laku. Macamana rakyat , terutama pemilik rumah terbengkalai tak marah. 
Eloknya semua pemilik perumahan terbengkalai sertai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 
2011 nanti.

Tak percaya tengok sendiri sedikit daripada nasib malang pembeli rumah 
terbengkalai di http://terbengkalai.blogspot.com 

************ 
Rumah SPNB di Kuang tidak dapat sambutan
Free Malaysia Today
June 26, 2011 

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata 
Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron.

PETALING JAYA: Rumah Mampu Milik (RMM) yang dimajukan oleh Syarikat Perumahan 
Negara Berhad (SPNB) di  Kuang,  Selangor kurang mendapat sambutan.

Daripada 1, 000 buah yang dibina, hanya 200 yang dibeli, demikian kata 
Pengerusi SPNB,  Datuk Idris Haron.

Menurutnya,  lokasi yang agak terpencil dan masalah pengangkutan menjadi punca 
mengapa rumah tersebut kurabg mendapat sambutan.

Bagaimanapun beliau yakin dalam tempoh lima tahun akan datang  semua rumah 
tersebut habis dijual.

“Tetapi kita berusaha menjualnya lebih cepat kerana SPNB telah melabur sebanyak 
RM120 juta.

“Orang tunggu dan lihat tetapi kalau tunggu terlalu lama kita akan 
ketinggalan,” jelasnya.

11, 000 tidak dijual

Menurut Idris yang juga ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka , RMM di Kuang itu 
sebahagian daripada 11, 000 buah  milik SPNB yang belum dijual.

Begitupun, dakwanya, SPNB tidak menanggung kerugian itu sebaliknya pihak bank 
yang gagal menjulal rumah-rumah berkenaan.

“Rumah yang gagal dijual itu ada yang sudah berusia setahun, dua tahun malah 
empat tahun,” tambahnya.

Beliau memberi jaminan mutu dan spesikasi rumah yang dibina oleh SPNB sama 
dengan projek swasta tetapi harga rumah SPNB lebih murah.

Katanya, rumah SPNB lebih murah kerana pihaknya memberi subsidi kepada pembeli 
sebagai satu tanggungjawab sosial agensi itu.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/06/26/rumah-spnb-di-kuang-tidak-dapat-sambutan/
 

Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai (PPT) 

SPNB telah dilantik sebagai Agen Perlaksana bagi Tabung Pemulihan Projek 
Perumahan Terbengkalai (TPPPT) bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai di 
seluruh negara yang telah dikenalpasti oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan 
Tempatan (KPKT).

http://www.spnb.com.my/bm/corporate/product_rehab.htm 



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke