Nampaknya semakin kelam kabut Islam di Malaysia ini. Pakai Baju BERSIH tak 
boleh solat di masjid. Pakailah Baju Iklan ARAK ke, Baju Ikan JUDI ke. Bukan ke 
banyak Baju Iklan ARAK dan JUDI yang secara sedar atau tak sedar orang bawa 
solat di Masjid. Bawa sekali Utusan Malaysia boleh tengok keputusan JUDI dalam 
MASJID ! 

*********** 
Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih  

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan 
sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang 
menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata 
kerana memakai baju Bersih. 

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut 
kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di 
masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di 
masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat 
Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan 
kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan 
kasar. 

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah 
yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana 
sikapnya yang memalukan itu. 

Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau 
anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak 
berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera 
mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan 
imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan 
pelancong.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4011-dihalau-keluar-masjid-kerana-pakai-baju-bersih
   



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke