Pengerusi SPR yang bijaksana kata nak guna sistem biometrik dalam pilihanraya. 
Kegunaan sistem biometrik ini untuk mengelakkan orang lain menggunakan Mykad 
orang lain. Hello Pengerusi SPR yang bijaksana, kalau Mykad tak ada, Lesen 
Memandu, Resit JPN.KP9 boleh guna tak sistem ni? Kalau Mykad rosak pula 
macamana? Berapa juta ringgit diperlukan untuk letak mesin pengimbas biometrik 
di setiap tempat mengundi? Kalau elektrik terputus macamana , nak bekalkan 
generator ke semua tempat mengundi?

Kalau dulu Dakwat Kekal dah beli, dibazirkan , tak jadi pakai semasa 
pilihanraya. Kali ini mungkin Mesin Pengimbas dan Generator pula akan 
dibazirkan.

BIJAK, BIJAK, MEMANG BIJAK PENGERUSI SPR KITA !

SPR cadang guna sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang
Berita Harian 20 Jun 2011 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem 
biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara 
elektronik, pada pilihan raya umum akan datang. 

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan bekerjasama 
dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang 
kini diguna pakai terhadap warga asing.
 
Abdul Aziz berkata, melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi 
dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan 
terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli. 

"Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan 
maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," 
katanya. 

http://www.bharian.com.my/articles/SPRcadanggunasistembiometrikpadapilihanrayaumumakandatang/Article/
 

Q: Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi? 

A: Dokumen yang diperlukan ialah sama ada kad pengenalan My Kad, KPT dan Kad 
Pengenalan Plastik Biru. Selain itu pemilih juga boleh mengemukakan Resit 
JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 
Dokumen-dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri ialah : 
• Pasport Malaysia Terhad
• Pasport Malaysia
• Lesen Memandu yang bergambar
• Kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang 
mengandungi nama, nombor dan gambar pemegangnya.

http://ears.kpkk.gov.my/mengundi.php  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke