KUALA LUMPUR, 28 Jun 2011 : 1000 keluarga mangsa projek rumah terbengkalai di 
seluruh Kuala Lumpur dan Selangor akan memakai baju jingga esok Rabu jam 2.30 
petang bagi menzahirkan kemarahan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Perhimpunan amam itu akan didadakan di Bukit Damansara untuk menyerahkan satu 
memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggesa 
kerajaan mengambil tindakan terhadap seorang Tan Sri  yang menjadi  Pengarah 
Bukan Eksekutif Talam Corporation.

Difahamkan mangsa projek rumah terbengkalai ini mendakwa beribu-ribu keluarga 
di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami kesengsaraan dan beban ekonomi yang 
teruk  disebabkan kegagalan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Tan Sri  
ini dalam menyiapkan rumah mereka yang kini tertunggak lebih daripada enam 
tahun.

Menurut Jaafar Ismail Pengerusi Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG), pihaknya 
telah bergabung dengan  Victims (Persatuan Bangunan Terbengkalai Malaysia) 
sebagai gabungan kesemua mangsa projek terbengkalai di Malaysia, khususnya di 
negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Perhimpunan besar-besaran sebanyak 1000 keluarga ini untuk menunjukkan 
kemarahan kita kepada manusia ini serta kami menuntut kerajaan campur tangan 
dan mendakwa orang ini  dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk 
melindungi kepentingan kami sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta 
Pembangunan Perumahan. 

"Perhimpunan ini adalah permulaan siri perhimpunan yang kami berhasrat untuk 
meneruskan sehingga kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap orang ini. 

"Kita tidak boleh memahami mengapa lelaki ini menikmati keistimewaan dan 
kekebalan kepada kerajaan. 

"Kami mahu kerajaan membatalkan semua gelaran Kehormat yang telah diberikan 
oleh kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.

Victims adalah sebuah badan bukan kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Muhammad 
Rafick yang juga Pengerusi rumah terbengkalai UK Bistari yang  pada ketika ini, 
hampir 500 ahli berjaya didaftarkan dibawah Victims. 

Sementara itu, BBCG yang mewakili pembeli-pembeli projek terbengkalai Casa 
Gemilang  Servis Apartment dan Rumah Bandar di Sungai Pusu, Gombak.

Sumber : 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4053-pembeli-rumah-terbengkalai-lancar-himpunan-jingga
 

Laman web beberapa projek perumahan terbengkalai di 
http://terbengkalai.blogspot.com  



------------------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan 
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/

Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke 
[email protected]! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke