Minta maaflah ya para nelayan di Port Dickson , Negeri Sembilan ya. Tentera
atau askar atau Soja kato ogang N.Sembilan, tak dapat lagi nak digunakan untuk
membanteras jenayah. Tentera akan digunakan mengawal Perhimpunan BERSIH !
Kerana peserta Perhimpunan BERSIH ini lagi ganas dari pencuri enjin bot
nelayan. Maaf ya.
Jenayah semakin menjadi di Port Dickson
Enjin bot nelayan dicuri
Sinar Harian 29 Jun 2011
PASIR PANJANG – Dua nelayan di Pengkalan Nelayan Balak, Pasir Panjang, dekat
sini hilang punca pendapatan apabila enjin bot masing-masing yang disimpan di
pondok nelayan pengkalan tersebut dicuri awal pagi Ahad lalu.
Kejadian itu menyusul tidak sampai sebulan selepas beberapa nelayan di
pengkalan nelayan berhampiran kerugian puluhan ribu ringgit disebabkan kegiatan
mencuri perkakasan nelayan menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Nelayan, Mohd Zainal Mad Sah, 62, yang lima tahun lalu pernah mengalami
kerugian mencecah RM4000 kerana kehilangan bot fibernya sekali lagi terpaksa
berhadapan situasi yang sama selepas enjin botnya pula dicuri.
Menurutnya, dia menyedari kehilangan enjin botnya itu ketika mahu turun ke laut
seperti kebiasaannya pada jam 5 pagi semasa kejadian.
“Akibat daripada itu, saya hilang punca pendapatan dan mengalami kerugian
mencecah RM5800,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Balak, semalam.
Mohd Zainal berkata, kebiasaannya dia akan tidur di pondok nelayan tersebut
yang terletak hanya 20 meter dari rumahnya, namun pada malam kejadian dia tidak
berbuat demikian.
“Walau bagaimanapun, saya tidur di beranda rumah dan tidak menyedari botnya
dicuri dan berasa sangat terkilan,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian sama, lima bot fiber yang diletakkan di pengkalan
itu turut dipotong tali penambatnya.
“Mujur semasa kejadian air surut dan bot tidak boleh digerakkan, jika tidak
pasti ramai nelayan yang akan menanggung kerugian memandangkan bot berkenaan
setiap satu mencecah RM7000.
“Walau bagaimanapun, dalam kejadian sama di sebuah lagi pengkalan berhampiran,
sebuah bot berjaya dilarikan dipercayai dilakukan penjenayah sama sementara
satu lagi bot milik seorang nelayan wanita tidak sempat dilarikan setelah
kegiatan mereka disedari penduduk,” katanya.
Malah katanya, kegiatan curi seumpama ini memang sudah sering berlaku di
pengkalan nelayan perairan Port Dickson dan semakin menjadi-jadi sejak tiga
tahun kebelakangan ini.
“DAHULU, SEKITAR PERAIRAN PASIR PANJANG MENDAPAT KAWALAN DARIPADA TENTERA,
NAMUN SELEPAS KAWALAN TERSEBUT DIHENTIKAN, PENCURI SEMAKIN BERANI NAIK KE
DARAT.
“Sekurang-kurangnya dua hingga tiga bulan, pasti akan ada nelayan yang menjadi
mangsa curi. Bukannya mereka tidak mengadakan kawalan, tetapi penjenayah
dilihat seperti mampu menghidu pergerakan kawalan yang dilakukan sehingga
membolehkan mereka melakukan kegiatan jenayah ini dengan berleluasa,” katanya.
Dalam kejadian sama, seorang lagi nelayan, Mahat Musa, 37, turut mengalami
kerugian apabila enjin botnya yang disimpan bersebelahan enjin bot Mohd Zainal
turut dikebas.
“Nelayan adalah punca pendapatan utama untuk menanggung tiga anak yang
bersekolah termasuk seorang yang baru berusia setahun,” katanya yang turut
menanggung rugi mencecah RM5800 atas kehilangan bot Yamaha 15 kuasa kuda.
Mahat berkata, enjin botnya diletakkan bersebelahan dengan enjin milik Mohd
Zainal dan sebuah lagi enjin milik rakan saya.
“Tetapi pencuri tidak sempat melarikan enjin ketiga, namun mangga dan rantai
berjaya dibuka pencuri itu,” katanya lagi yang telah membuat laporan dibuat di
Balai Polis Pasir Panjang pada hari kejadian tersebut.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9240235.asp
------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JIMedia: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.
Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan
menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
Untuk melanggan Islah-Net, hantar e-mail ke [email protected]
Untuk menghentikan langganan, hantar e-mail ke
[email protected]! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/